AMCOVID-19 @ My LNA

Rakyat berpeluang berbakti di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melalui MyVac

105

PUTRAJAYA 15 Mac 2021 – Inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) telah dilancarkan pada hari ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menyumbang bakti dan terlibat di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi tujuan membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian
vaksin kepada penerima.

Menurut COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) di dalam satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, pendaftaran MyVac yang kini dibuka kepada orang ramai mulai hari ini melalui laman web www.myvac.com.my telah dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, YB Khairy Jamaluddin. Ia turut dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM); Menteri Kesihatan YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba; Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

“MyVac diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan disokong oleh COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan PBSM. MyVac adalah satu inisiatif yang menunjukkan pendekatan menyeluruh Kerajaan dan masyarakat atau Whole-of-Society Approaches, yang mana pelbagai Kementerian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah dilibatkan bagi memastikan PICK mampu dilaksanakan dengan berkesan di dalam usaha membendung serta menamatkan pandemik COVID-19 di Malaysia.

MyVac terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Orang ramai boleh mendaftar satu daripada dua kategori yang ditawarkan iaitu sebagai sukarelawan am dan sukarelawan perubatan. Sukarelawan MyVac akan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara. Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing. Satu sesi latihan secara maya juga akan diberikan kepada sukarelawan yang memenuhi kriteria.” kata CITF.

Sejak 22 Februari yang lepas. pendaftaran MyVac dibuat menerusi KBS, KPT dan PBSM. Sehingga kini, lebih 7,200 permohonan telah diterima yang terdiri daripada golongan belia, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi dan ahli organisasi bukan kerajaan (NGO).

“Pendaftaran yang kini dibuka kepada orang awam diharapkan dapat meningkatkan lagi jumlah sukarelawan terutamanya di kawasan luar bandar di dalam mengurangkan beban petugas barisan hadapan serta melancarkan urusan vaksinasi.

Dalam pada itu, orang ramai yang tidak mempunyai kelapangan untuk menjadi seorang sukarelawan juga boleh memainkan peranan penting dengan cara memanfaatkan dan menghebahkan maklumat di dalam laman web www.vaksincovid.gov.my sebagai sumber rujukan yang tepat dan sahih dan boleh dimuat turun untuk edaran.” jelas CITF.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...