AMPolitik @ My LNA

Tindakan kerajaan menggubal Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No.2) 2021 berlawanan dengan prinsip semak dan imbang serta konsep pengasingan kuasa – ABIM

120

14 Mac 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa bahawa tindakan kerajaan menggubal Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang telah berkuatkuasa mulai 12 Mac 2021 adalah jelas berlawanan dengan prinsip semak dan imbang serta konsep pengasingan kuasa.

Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata ABIM berpendirian bahawa Ordinan yang dikuatkuasakan ini mengandungi beberapa persoalan berat yang membimbangkan.

“Antaranya ialah konteks definisi kesalahan dan hukuman berat yang seharusnya perlu diperhalusi melalui proses demokrasi menerusi mekanisme yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, tindakan kerajaan menggubal undang-undang ini dengan membelakangkan institusi Parlimen adalah jelas berlawanan dengan prinsip semak dan imbang serta konsep pengasingan kuasa. Ini terutama sekali apabila undang-undang tersebut bersangkut rapat dengan soal kepentingan rakyat dan negara.” kata Faisal melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu.

Tambah beliau ia boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa pihak eksekutif untuk menguatkuasakan lebih banyak perintah dan undang-undang secara berleluasa pada masa akan datang tanpa melalui saluran semak dan imbang menerusi persidangan parlimen.

“Maka, di sini ia memberi justifikasi munasabah untuk sidang parlimen diadakan segera. Ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.

Persidangan parlimen tidak seharusnya dimomokkan dengan konotasi negatif kerana institusi berkenaan mempunyai tatacara bagi memastikan proses pembentangan dan perbahasan dapat dijalankan sebelum kelulusan Rang Undang-Undang.” ujar Faisal.

Pada Jumaat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan bahawa kerajaan telah mewartakan satu ordinan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar bagi menjamin kestabilan negara. Ordinan berkenaan mengambil kira dua perkara asas iaitu berita tidak benar mengenai Covid-19 dan Proklamasi Darurat.

Jelas Takiyuddin dalam Perkara 4 (1),ordinan tersebut telah mewartakan bahawa mana-mana penghasilan berita palsu sehingga menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebih RM100,000 atau denda tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.



Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...