Politik @ My LNA

Ingat Muka Muka Penghianat – Tariq Ismail

52
  1. Genap satu tahan, Malaysia dan satu dunia, menyaksikan rampasan kuasa oleh mereka yang rakus dan tamak kuasa. Ada yang berkhayal bahawa mereka layak jadi TPM atau bebas kes mahkamah.
  2. Hampir 10 bulan pemerintahan rejim ini, darurat diisytihar – genap sehari sebelum seorang ahli Parlimen menarik balik sokongan dan keyakinannya kepada Perdana Menteri.
  3. PM sekarang mengetuai pelacur pelacur politik yang semakin berani semata-mata kerana sokongan mereka memberi suaka.
  4. Tidak ada visi politik atau ekonomi yang mengikat mereka melainkan ketamakan dan nafsu.
  5. Ada yang mengatakan “greed is good” (ketamakan itu baik), tetapi baik bagi mereka yang berkuasa. Insentif dan bonus akan diberikan sebagai ganti sokongan, mirip dengan prositif yang mengatakan “I Love you” dengan beberapa ringgit tambahan.
  6. Tetapi apa yang rakyat dapat?
  7. Darurat itu diisityhar untuk membendung wabak Covid kah, atau adakah ia bersifat politik kerana pemerintahan hampir rebah? Kalau saya boleh keliru akan tujuan mereka, saya yakin pasti rejim sekarang sama-sama keliru dan tidak tahu.
  8. Kes Covid meningkat, rakyat makin hilang mata pencarian, malah harga makanan akhirnya akan lebih mahal kerana lebihan permintaan dari pengeluaran.
  9. Sistem Demokrasi sepatutnya menjanjikan proses di mana masyarakat memilih pemerintah yang akan memerintah mereka untuk jangka masa sehingga 5 tahun.
  10. Politik dalam sebuah demokrasi adalah penentu utama bagi mesin kemakmuran yang mendorong sebuah negara dan masyarakat berkembang dengan memanfaatkan potensi masyarakat kolektif.
  11. Oleh itu, pemerintahan demokratik seharusnya menjadi faktor yang mendorong pertumbuhan.
  12. “Coup d’etat” biasanya menimbulkan rejim eksploitatif di mana yang merampas kuasa akan memerintah dengan cara lain kecuali demokrasi. Urus niaga pintu belakang akan menjadi urutan biasa, dan dalam keadaan darurat tanpa proses Parlimen, kerajaan dapat berbelanja tanpa pengawasan.
  13. Rejim eksploitatif inilah yang mendorong sebahagian besar negara Afrika dan Amerika Selatan menuju kehancuran ekonomi dan perang saudara.
  14. Sekali lagi, bagaimana dengan rakyat biasa? Apa yang sedang dilakukan untuk membantu mereka menghidang makanan di atas meja untuk hari esok
  15. Mungkin, mereka yang terpilih untuk melayan rakyat dan negara mesti berhenti bertindak seperti pelacur demi kepentingan diri mereka sendiri. Sebaliknya, kenangkanlah orang-orang yang menempatkan mereka di sana.

Tariq Ismail
Pejuang

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...