Home AM Kebenaran rentas daerah dalam negeri yang sama (kecuali Sabah) beri motivasi kepada penggiat industi pelancongan, seni dan budaya
AMCOVID-19PelanconganSeni dan Budaya

Kebenaran rentas daerah dalam negeri yang sama (kecuali Sabah) beri motivasi kepada penggiat industi pelancongan, seni dan budaya

2 Mac 2021 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menyifatkan keputusan Kerajaan yang memberi kebenaran rentas daerah dalam negeri yang sama (kecuali Sabah) bermula 5 Mac 2021 merupakan berita yang amat memotivasikan penggiat industi pelancongan, seni dan budaya di negara ini.

Kata Nancy lagi, para penggiat industi pelancongan, seni dan budaya selama ini telah mengemukakan kebimbangan mereka kepada MOTAC jika sekatan terhadap pergerakan rentas daerah dan negeri masih diteruskan.

Semalam. MOTAC telah mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri melibatkan Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions (MAATFA), Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Malaysia Retailers Association (MRA) dan Batu Road Retailers Association (BARRA).

“Antara yang dibincangkan dalam sesi libat urus pada kali ini ialah membenarkan aktiviti seperti pengoperasian Bazar Ramadan oleh BARRA, pembukaan pawagam dalam premis kompleks beli belah dengan mematuhi mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara oleh PPK.” kata MOTAC di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Tambah MOTAC, penggiat industri juga mahu keutamaan pemberian vaksin kepada penggiat industri dalam sektor pelancongan kerana mereka juga adalah petugas barisan hadapan yang setiap hari menerima kunjungan tetamu dan pelanggan di premis masing-masing.

“Kerajaan juga disarankan agar mengeluarkan dokumen atau passport khas kepada warga Malaysia yang telah menerima vaksin untuk memudahkan pergerakan dalam negeri dan menjalankan aktiviti sosial termasuk melancong dengan selamat.” ujar MOTAC.

Semalam Kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negara kecuali Sabah mulai 5 Mac ini. Di dalam sidang media berhubung perkembangan pelaksanaan PKP semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini kebenaran merentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Berhubung Sabah, kerajaan negeri sebenarnya memohon supaya sekatan daerah di negeri itu dikekalkan untuk tempoh dua minggu. Kita faham Sabah negeri yang besar yang mana satu daerah mereka sebenarnya lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung,” jelasnya.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...