AMLuar Bandar @ My LNA

KPLB telah belanjakan RM10 juta pada tahun 2020 untuk bangunkan Lawas

86

LAWAS 27 Februari 2021 – Timbalan Menteri 2, Pembangunan Luar Bandar Dato’ Henry Sum Agong pada hari ini menyatakan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah membelanjakan sejumlah RM 10 juta pada tahun 2020 untuk membangunkan kawasan-kawasan di Lawas, Sarawak di mana Lawas merupakan daerah yang terletak di utara Sarawak serta merupakan sebuah kawasan yang dikategorikan sebagai luar bandar.

Menurut beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, peruntukan RM 10 juta tersebut adalah merangkumi projek-projek penyediaan infrastruktur kepada rakyat seperti Jalan Perhubungan Desa, Lampu Jalan Kampung, Projek Ameniti Sosial (Baik Pulih Jambatan dan Kemudahan Asas Luar Bandar) Projek Perumahan Rakyat Termiskin, Program Desa Lestari dan Program Peningkatan Pendapatan untuk usahawan dan penduduk di luar bandar.

Maklumat projek beserta peruntukan yang telah dibelanjakan adalah seperti berikut :

Bil.Nama ProjekJumlah UnitAnggaran Peruntukan (RM)
1.Jalan Perhubungan Desa6 JPD1,590,000.00
2. Program Ameniti Sosial (PAMS)6 PAMS1,030,000.00
3. Program Perumahan Rakyat Termisikin (Bina Baru)40 unit x RM 60,000.00 (seunit)2,400,000.00
4. Program Perumahan Rakyat Termiskin (Baik Pulih)200 unit x RM 15,000.00 (seunit)3,000,000.00
5. Lampu Jalan Kampung120 unit x RM 2500.00300,000.00
6.Program Peningkatan Pendapatan (Projek Bantuan Enjit Bot dan Ekonomi Setempat )50 orang x RM 10,000.00500,000.00
7. Bantuan Rumah Salai Usahawan Ikan Tahai (Kampung Awat-Awat)4 unit x RM 50,000.00200,000.00
8. Program Desa Lestari (Kampung Punang)1 Pakej1,000,000.00
JUMLAH PERUNTUKAN10,020,000.00

“Pada tahun 2021, KPLB telah diperuntukkan sejumlah RM 6.65bilion bagi peruntukan pembangunan meliputi KPLB dan Agensi. Peruntukan ini meningkat daripada tahun 2020 iaitu sebanyak RM 6.24bilion. Penambahan sebanyak RM 410juta (6.5%).

KPLB akan memastikan setiap perancangan projek terutama di luar bandar yang dilaksanakan dapat memberikan impak menyeluruh kepada rakyat sewaktu pandemik Covid-19 melanda. Projek yang dilaksanakan akan meningkatkan taraf ekonomi penduduk di luar bandar, menawarkan peluang pekerjaan serta memastikan ekonomi setempat berkembang.” kata Henry Sum Agong.

Tambah beliau lagi, projek-projek ini perlu dijalankan kembali untuk meransang ekonomi negara serta memastikan kitaran ekonomi pelbagai sektor dapat dirancakkan yang seterusnya mampu menjana pertumbuhan untuk negara.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...