Home AM BEKALAN VAKSIN COVID-19 KELUARAN SINOVAC TIBA DI MALAYSIA
AMCOVID-19

BEKALAN VAKSIN COVID-19 KELUARAN SINOVAC TIBA DI MALAYSIA

27 Februari 2021 – Malaysia telah menerima penghantaran pertama vaksin COVID 19 Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China pada jam 9 pagi hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH319 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).

Perjalanan vaksin berjenama Coronavac dari kilang Sinovac di Beijing, China telah diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global. Ia tiba secara pukal dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter dan diterbangkan dengan penerbangan Passenger to Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 300, yang boleh diproses menjadi lebih dari 300,000 dos.

Malaysia dijadualkan memperolehi 14 juta dos vaksin Sinovac secara berperingkat yang akan melindungi 22 peratus penduduk di Malaysia.

[BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL]



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...