AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Penyediaan infrastruktur 5G akan diterajui oleh GOMSPV, percepatkan 5G

87

22 Februari 2021 – Sebuah entiti khusus milik kerajaan atau Government of Malaysia Special Purpose Vehicle (GOMSPV) akan menerajui penyediaan infrastruktur 5G. Ia akan dikawal setia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kaedah ini juga akan mempercepatkan penyediaan infrastruktur 5G seperti mana dalam Taklimat MyDIGITAL – Mempercepatkan 5G yang dibentangkan semalam.

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata bahawa ia melibatkan pelaburan RM15 bilion dalam tempoh 10 tahun dan membolehkan pengagihan kapasiti 5G kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dilaksanakan secara saksama dan telus.

“Model pelaksanaan ini juga akan menjimatkan perbelanjaan modal syarikat telekomunikasi dan mengelakkan pertindihan infrastruktur jika mereka membina rangkaian infrastruktur secara berasingan. Kesan penjimatan dan pelaksanaan yang teratur ini akan dapat dinikmati oleh pengguna dalam bentuk kos perkhidmatan 5G yang berpatutan.

Perkongsian infrastruktur di bawah GOMSPV membolehkan syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan 5G yang lebih luas dan kos yang kompetitif kepada pengguna di samping menjana pulangan lebih tinggi. Ini juga akan melonjakkan penggunaan 5G dengan lebih cepat dan meningkatkan keupayaan ekonomi dalam mencetuskan lebih banyak inovasi produk dan perkhidmatan.” katanya.

Saifuddin turut menjelaskan bahawa syarikat telekomunikasi juga dapat menumpukan perhatian kepada usaha memperluas liputan gentian optik dan memantapkan liputan 4G ke seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar.

“Liputan 4G yang mantap memberi sokongan rangkaian dan menyediakan asas kukuh untuk penggunaan 5G. Liputan yang baik, literasi digital yang tinggi, kos yang berpatutan, dan inovasi yang dinamik akan menyumbang kepada ekosistem ekonomi digital yang berdaya saing seperti yang dihasratkan oleh aspirasi MyDIGITAL yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Februari 2021 lalu.” katanya.

MCMC selaku pengawal selia pelaksanaan 5G akan menyediakan lesen operasi mengikut syarat-syarat yang dipersetujui dan peruntukan jalur spektrum kepada GOMSPV untuk pelaksanaan 5G. Sejajar dengan usaha ini, kerajaan juga memberi komitmen untuk mewujudkan Pusat Pengalaman Digital Negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang kegunaan 5G serta membantu peralihan dan inovasi 5G.

“Saya yakin dengan persefahaman dan usaha yang menyeluruh, kita mampu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia menerusi agenda pelaksanaan 5G yang cekap ke arah aspirasi MyDIGITAL menjelang tahun 2030. Bersama-sama kita usahakan Malaysia menjadi peneraju ekonomi digital global yang kemakmurannya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.” ujar Saifuddin.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...