AMPendidikan @ My LNA

Agihan dividen SSPN tahun 2020 adalah 4%, babitkan anggaran peruntukan berjumlah RM201.3 juta

94

23 Februari 2021 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada hari ini mengumumkan bahawa agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2020 adalah empat (4) peratus dan ini membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM201.3 juta yang akan memberi manfaat kepada 4.82 juta pendeposit akaun SSPN.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM856.6 juta semenjak SSPN diperkenalkan.

“Agihan ini didorong hasil pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Tahun 2020 juga menyaksikan PTPTN memperoleh keuntungan pelaburan deposit SSPN berjumlah RM237.42 juta. Prestasi tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak RM32.14 juta iaitu 15.7 peratus berbanding RM205.28 juta pada tahun 2019. Kejayaan Ini adalah hasil daripada kecekapan PTPTN dalam pelaksanaan kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal di samping memberikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif.

Selain itu, deposit SSPN bagi tahun 2020 yang berjumlah RM1.99 bilion telah mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang penubuhan PTPTN. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM623.82 juta atau 45.6 peratus berbanding RM1.37 bilion pada tahun 2019. Ini menjadikan jumlah keseluruhan deposit SSPN sehingga 31 Disember 2020 adalah RM7.88 bilion.” kata Dr. Noraini.

Beliau turut menambah bahawa sebanyak 436,101 akaun baharu SSPN telah berjaya dibuka pada tahun 2020, satu kejayaan yang memberangsangkan berbanding sasaran tahunan sebanyak 400,000 akaun.

“Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 4.82 juta akaun telah dibuka sejak SSPN diperkenalkan pada tahun 2004.

KPT merakamkan ucapan tahniah kepada pengurusan PTPTN atas prestasi cemerlang SSPN bagi tahun 2020 sekali gus dapat memberikan kadar dividen yang sangat kompetitif kepada pendeposit SSPN walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar akibat pandemik COVID-19. Terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Kewangan atas sokongan terhadap pengagihan dividen SSPN ini.” katanya.


We love to bring you advertisement-free news and updates. To support us to make this view clutter-free, you can donate to our PayPal Account $5 to keep us busy.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...