Home AM Pengerusi GERAKAN Selangor dilantik sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor
AMPolitik

Pengerusi GERAKAN Selangor dilantik sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor

22 Februari 2021 – Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ang Chin Tat, Pengerusi GERAKAN Selangor sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor selain Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dato’ Abdul Rashid Asari, Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Selangor. 

“Penyertaan GERAKAN ke dalam Perikatan Nasional adalah amat signifikan untuk memperkukuh citra Perikatan Nasional dan membuktikan dasar Perikatan Nasional yang inklusif dan meraikan kepelbagaian. Saya yakin dasar ini akan memperkukuh usaha Perikatan Nasional untuk menggembleng penyertaan dan dukungan rakyat khususnya generasi milenial. Perikatan Nasional juga beriltizam untuk mendakap paradigma baru dalam perjuangan rakyat dan menyuntik dinamisme baru kepada politik yang berteraskan nilai.

Perikatan Nasional Negeri Selangor akan memberikan fokus kepada usaha merencana dan melaksanakan dasar dan kebijakan demi menghasilkan kemakmuran serta keadilan sosial. Sebagai sebuah kerjasama politik, Perikatan Nasional bertekad untuk memartabatkan jati diri bangsa Malaysia sekaligus meraikan kepelbagaian bahasa, kaum dan agama sebagai kesatuan yang utuh dan dinamik.” kata Azmin menerusi satu kentaan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, Badan Perhubungan Negeri Selangor mengambil ketetapan untuk memperkukuhkan kerjasama yang sedia ada dan melangkah maju sebagai satu kekuatan dalam PRU-15 dan pasca pilihan raya untuk membentuk Kerajaan yang utuh dan stabil dengan penyertaan parti-parti anggota yang lebih unggul dan peranan yang dinamik. 

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) secara rasminya menyertai Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Selangor semalam. Ini merupakan penglibatan sulung GERAKAN di peringkat negeri selepas pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional berhubung penyertaan GERAKAN sebagai parti anggota Perikatan Nasional pada 11 Februari 2021. 


Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...