AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

UDA Niaga bakal menjadi pemangkin (catalytic project) dalam menjana ekonomi Jelebu

92

JELEBU 22 Februari 2021 – Pembinaan kedai koperasi yang bakal dibangunkan oleh UDA Holdings Berhad (UDA) diyakini dapat mewujudkan satu ekosistem keusahawanan yang kondusif di Jelebu. Projek 4 lot rumah kedai 2 tingkat yang bakal diberi nama UDA Niaga itu dibina di atas tanah berkeluasan 0.17 ekar milik Koperasi Kakitangan Kerajaan Daerah Jelebu Berhad dan dijangka mengambil masa 8 bulan untuk disiapkan. Anggaran Kos Pembangunan Kasar (GDC) adalah sebanyak RM1.7 juta dengan menggunakan geran yang disediakan oleh kerajaan bagi menguruskan serta membangunkan projek yang kemudiannya akan diserahkan kepada pemilik tanah setelah ia siap dibina.

“UDA Niaga yang menawarkan 4 lot rumah kedai 2 tingkat itu dijangka berpotensi dijadikan sebagai ‘one-stop centre’ untuk usahawan di kawasan tersebut. Ia juga mungkin boleh menjadi Pusat Sehenti untuk agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) seterusnya memudahkan penduduk tempatan mendapatkan maklumat berkaitan insentif serta program keusahawanan yang disediakan oleh MEDAC.

UDA Niaga yang berdekatan dengan sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan juga terletak di tengah-tengah bandar Kuala Klawang ini akan memberi manfaat kepada komuniti. Ia juga merupakan salah satu usaha produktif oleh pihak koperasi bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan ahli koperasi, usahawan dan juga masyarakat setempat. Pihak kementerian berharap inisiatif ini juga menjadi contoh dalam menggalakkan semangat keusahawanan di kawasan tersebut serta koperasi-koperasi yang lain.” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Majlis Pecah Tanah pembinaan kedai dua tingkat tersebut yang berlangsung hari ini.

Beliau turut berkesempatan menyampaikan ‘mock cheque’ kepada 13 buah koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMP-SKM) dan Dana Bantuan Pembangunan SKM kepada koperasi setempat dengan jumlah keseluruhan RM444,360.

“Pihak kementerian juga berbangga dengan kolaborasi antara Koperasi dan UDA dalam mempergiat program keusahawan. Semoga usaha sama ini menjadi model untuk agensi dan syarikat lain agar dapat menggembleng tenaga dalam mengembangkan lebih banyak program keusahawanan demi melonjakkan ekonomi,” kata Dr. Wan Junaidi.

Bagi Pembiayaan TMP-SKM tersebut, penerima terdiri daripada Koperasi Keluarga Haji Abdul Latif Seremban Berhad, Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad dan Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad. Manakala Dana Bantuan Pembangunan SKM diberikan kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Haji Adnan Kota Rembau Berhad, Koperasi Wanita Wawasan Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh Kuala Pilah Berhad, Koperasi Wanita FELDA Sungai Lui Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Homestay Klawang Berhad, Koperasi Kemajuan Tanah Sungai Buluh Negeri Sembilan Berhad, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Lakai Berhad, Koperasi FELDA Pasoh Satu Negeri Sembilan Berhad, Koperasi FELDA Pasoh Tiga Negeri Sembilan Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Daerah Jelebu Berhad.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...