Home AM Program imunisasi pertama diawalkan kepada 24 Februari 2021
AMCOVID-19Kesihatan

Program imunisasi pertama diawalkan kepada 24 Februari 2021

21 Februari 2021 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa program imunisasi pertama melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham telah diawalkan kepada 24 Februari 2021, berbanding perancangan terdahulu iaitu pada 26 Februari 2021.

Video Kredit kepada Jabatan Penerangan Malaysia

Kata Khairy di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua mereka akan menjadi antara invididu pertama yang akan diimunisasi bersama dengan para petugas barisan hadapan.

Mengulas mengenai ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.00 pagi hari ini, Khairy berkata bahawa selain di KLIA, ketibaan vaksin hari ini turut melibatkan penghantaran melalui jalan darat dari Singapura ke Johor serta penerbangan dari KLIA ke Pulau Pinang.

“Seterusnya, vaksin-vaksin ini akan dihantar ke 16 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara iaitu enam di Selangor; Johor (4); Kuala Lumpur (3); Pulau Pinang (2) dan satu di Putrajaya.

Ketibaan vaksin ini memberi sinar baharu kepada kita semua rakyat Malaysia, terutama para petugas barisan hadapan dalam usaha memerangi pandemik ini.

Sehingga 20 Februari 2021, jumlah anggota barisan hadapan yang telah berdaftar untuk mendapatkan imunisasi COVID-19 adalah seramai 571,802 orang.” jelas Khairy.

Daripada jumlah tersebut 57.3 peratus adalah anggota perubatan dan kesihatan (39.8 peratus dari KKM, 17.5 peratus lain-lain termasuk ATM), dan 42.7 peratus anggota bukan kesihatan termasuk Angkatan Tentera Malayisa (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain.

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada sekitar jam 10 pagi tadi di mana ia dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).

Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium ini telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global. Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300. Di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...