Home Politik Kerajaan perlu pertimbangkan semula keputusan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar
Politik

Kerajaan perlu pertimbangkan semula keputusan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar

23 Februari 2021 – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada hari ini mengulangi desakan supaya Kerajaan Malaysia perlu mempertimbang semula keputusan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar kerana tindakan sedemikian mengesah dan mengiktiraf junta tentera di Myanmar.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah mengarahkan penghantaran pulang 1,200 warga Myanmar ditangguhkan selama dua hari. Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak menghalang Kerajaan Malaysia dari
meneruskan tindakan menghantar pulang ini setelah tamat tempoh tersebut.

Pada masa yang sama, Pakatan Harapan dimaklumkan tentang kemungkinan terdapat sejumlah kanak-kanak dari kalangan 1,200 warga Myanmar ini yang bakal dihantar pulang dan dipisahkan dari ibu bapa mereka. Jika benar, ini adalah satu keadaan yang membimbangkan. Kami memohon pihak berkuasa dengan kerjasama UNHCR segera mengesahkan sama ada perkara ini adalah benar atau tidak.” kata Majlis Presiden PH melalui satu siaran media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah PH, tindakan menghantar pulang pelarian ke zon konflik
sebelum keadaan benar-benar stabil dan selamat mungkin menjejaskan keselamatan pelarian.

Justeru, PH menggesa Kerajaan Malaysia untuk memulakan dialog di antara pemimpin-pemimpin ASEAN dan junta Myanmar untuk menghentikan kekerasan terhadap penunjuk perasaan, membebaskan semua tahanan politik, serta mengembalikan demokrasi dan institusi Parlimen di Myanmar.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

MY LNAPolitik

Abdul Rahman pertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

KUALA LUMPUR 21 Februari 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’...

Politik

Nik Suryani bakal bertanding Exco Wanita UMNO

14 Februari 2023 – Bekas wartawan TV3, Nik Suryani Megat Deraman mengumumkan...

AMMY LNAParlimenPolitik

Ismail Sabri terharu dengan titah YDPA

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail...