Home MY LNA AM Vaksin Pfizer-BioNTech akan sampai di Malaysia pada 21 Februari 2021
AMCOVID-19

Vaksin Pfizer-BioNTech akan sampai di Malaysia pada 21 Februari 2021

Old grey eco drawing paper kraft background texture in soft white light color concept for page wallpaper design, gray rice matte pattern for decorative wall.

PUTRAJAYA 16 Februari 2021 – Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada hari memaklumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech akan sampai di Malaysia pada 21 Februari 2021. Seterusnya roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari 2021, di mana beliau sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari tersebut bersama-sama petugas barisan hadapan.

Kata Muhyiddin lagi ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa di mana fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021.

“Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.

Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19.” ujar beliau.

Dalam pada itu Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan oleh Muhyiddin tersebut merupakan dokumen yang diterbitkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi di mana ia bukan sahaja menjadi rujukan kepada para pembuat dasar dan pelaksana, tetapi juga untuk rujukan masyarakat.

Seterusnya Muhyiddin turut melancarkan laman web www.VaksinCovid.gov.my di mana Buku Panduan Program Imunisasi ini boleh dimuat turun.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...

AMMY LNAUTAMA

Intipati Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berkongsikan intipati Kenyataan Negara yang...

AMMY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN jamin bantu KPM lakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh negara – Armizan

RAUB, 23 September 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...