AM

Mesyuarat Majlis Mineral Negara Pertama : Tujuh kertas telah dibentangkan

127

16 Februari 2021 – Pada Mesyuarat Majlis Mineral Negara (MMN) yang diadakan secara atas talian pada hari ini, terdapat tujuh (7) kertas telah dibentangkan yang menyentuh mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan pelan transformasi industri mineral, prosedur operasi standard perlombongan dan pengeksportan mineral, pengezonan kawasan mineral dan kemampanan industri perlombongan dan perkuarian di Malaysia.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, MMN yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bersetuju dengan cadangan kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021 – 2030 (TIM 2021 – 2030) sebagai agenda baru pembangunan industri mineral di Malaysia.

“Pelan ini bertujuan untuk membangunkan industri mineral secara menyeluruh dan bersepadu melalui transformasi di setiap peringkat rantaian nilai iaitu sektor huluan, pertengahan dan hiliran bagi memastikan industri mineral dapat dibangunkan secara holistik dan memberi pulangan jangka panjang serta sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara. MMN juga akan memantau pelaksanaan TIM 2021 – 2030 yang sedang diusahakan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

MMN juga bersetuju dengan kerangka dokumen-dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit dan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia. SOP ini akan dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh pihak-pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi persekutuan dan negeri, penggiat industri, badan-badan profesional, ahli-ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam. Inisiatif Kerajaan dalam merangka dokumen ini mampu memastikan pelaksanaan aktiviti perlombongan ini diusahakan secara mampan.” kata Dr. Shamsul Anuar.

Kata beliau lagi, MMN dimaklumkan tentang cadangan pengezonan kawasan yang berpotensi untuk perlombongan dan perkuarian dalam proses perancangan fizikal negara.

“Aktiviti pemetaan sumber mineral akan mengambil kira status tanah dan pembangunan di sekitar kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat tepat kawasan yang mempunyai nilai mineral yang ekonomik untuk dilombong. Ini bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri mewartakan zon perlombongan di dalam Pelan Struktur Negeri masing-masing. Pewartaan zon perlombongan ini seterusnya diselaraskan dalam Rancangan Tempatan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.” jelasnya.

Di samping itu MMN juga dimaklumkan tentang status penarafan kemampanan industri perlombongan dan perkuarian di Malaysia melalui penggunaan kaedah Petunjuk Pembangunan Mampan (SDI).

Dalam petunjuk kemampanan tersebut, aspek penting yang diambil kira adalah bagi menggalakkan industri perlombongan dan perkuarian Malaysia berkembang dan membangun secara mampan dengan disokong oleh elemen pelaksanaan dasar, prosedur, garis panduan serta sistem kawal selia yang lengkap. Dalam jangka masa panjang, pembangunan mampan industri turut akan menghasilkan faedah-faedah lain seperti pertambahan peluang pekerjaan, peningkatan hasil dan pengeluaran, pembangunan pembelajaran, peningkatan sumbangan kepada masyarakat setempat, peningkatan penglibatan wanita dan seterusnya melindungi hak-hak para pekerja.

Bagi memacu pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) di negara ini, MMN kali pertama ini juga dimaklumkan tentang isu-isu penyelidikan dan pembangunan serta isu komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam mengenai industri REE yang dikenal pasti dalam kajian-kajian yang dilaksanakan oleh Akademi Sains Malaysia sebelum ini. Pembentangan mengenainya turut memberikan cadangan kolaborasi yang wajar dilaksanakan bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan tersebut.” kata Dr. Shamsul Anuar.

Selain itu, MMN turut mendengar pembentangan dari Agensi Angkasa Malaysia mengenai penggunaan teknologi angkasa bagi tujuan eksplorasi dan pemantauan sumber mineral negara. Ia merangkumi pembentangan mengenai keupayaan teknologi angkasa khususnya teknologi remote sensing dalam pencerapan maklumat muka bumi untuk manfaat eksplorasi, perancangan dan pemantauan aktiviti berkaitan perlombongan mineral dan kuari, serta ketersediaan kepakaran teknologi di agensi tersebut untuk tujuan pembangunan atau pengoperasian.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...