AMCOVID-19 @ My LNA

PKP : 15 TAPAK BINA GAGAL PATUH SOP DIARAH TUTUP

147

KUALA LUMPUR 15 Februari 2021 – Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof menyatakan bahawa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 13 Januari 2021 lalu sebanyak 15 tapak pembinaan diarah tutup oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) .

“Dalam tempoh ini, CIDB telah memeriksa sebanyak 1,078 tapak pembinaan di seluruh negara yang mana sebanyak 1022 tapak pembinaan didapati beroperasi. Daripada jumlah itu, sebanyak 1007 tapak bina didapati mematuhi SOP, manakala sebanyak 15 tapak bina didapati tidak mematuhi SOP dan diarah tutup.

Kebanyakan kes positif COVID-19 di tapak-tapak pembinaan adalah berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan” kata beliau melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Hasil penemuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapati bahawa punca utama penularan wabak ini di kalangan pekerja asing adalah:

I. Penempatan pekerja yang sesak, kotor dan tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446);
II. Pekerja berpindah dari satu tapak projek ke tapak projek yang lain didapati berperanan menyebarkan wabak tersebut dan membentuk kluster-kluster pembinaan; dan
III. Ketidakpatuhan SOP dan garis panduan yang ditetapkan.

Kata Fadillah, para kontraktor yang mendapat kebenaran beroperasi dalam tempoh pelaksanaan PKP perlu memastikan pematuhan SOP sepenuhnya di tapak pembinaan dan penempatan pekerja bagi mengelakkan jangkitan dan penularan wabak COVID-19.

“Mereka akan berdepan dengan tindakan tegas jika gagal berbuat demikian.

CIDB diarah mempergiatkan lagi pemeriksaan SOP di tapak pembinaan di seluruh negara untuk memastikan pematuhan. Jika projek pembinaan didapati tidak mematuhi SOP, CIDB akan mengeluarkan arahan penutupan tapak bina. CIDB juga boleh mengenakan tindakan tatatertib terhadap kontraktor terbabit yang mengakibatkan pendaftaran mereka dibatalkan atau digantung” tegasnya.

Pada 5 Februari lepas, Fadillah bersama-sama Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan, Zainora Zainal dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Che Mohd Rokman Bin Che Awang telah mengadakan lawatan pemeriksaan mengejut ke tiga buah tapak pembinaan bagi meninjau tempat penginapan pekerja dan pematuhan SOP di dalam tempoh pelaksanaan PKP.

Satu daripada tapak pembinaan yang dilawat yang merupakan projek pangsapuri servis di Kepong diarahkan tutup setelah didapati tidak mematuhi SOP sepenuhnya.

SOP terkini boleh dirujuk di laman web CIDB Malaysia www.cidb.gov.my/ms/pkp-kebenaran-beroperasi. Maklumat lanjut berkenaan SOP dan Garis Panduan Industri Pembinaan boleh didapati menerusi Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau hubungi Hotline CIDB 03-55673300 (Waktu Operasi dari Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang).


Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...