Pendapat @ My LNAPolitik @ My LNA

KEUTAMAAN PEMIMPIN

89
White recycled craft paper texture as background. Grey paper texture, Old vintage page or grunge vignette of old newspaper. Pattern rough art creased grunge letter. Hardboard with copy space for text.

Oleh Ida MN

Saya terima abundance of messages yang disertai visuals yang saya dimaklumkan puan punya badan sendiri suka ianya disebarkan. Yes, appreciating beauty is normal. It’s individual rights. Saya amat kagum dengan para pegawai dan penasihat pemimpin politik dan Kerajaan sedia ada.. Inilah mungkin antara KPI kalian di zaman Pandemik Covid 19 ini di sebuah Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga kot.

Adakah para wanita Malaysia sudah pun cukup terbela dikala pandemik ini melalui Kembara Kebajikan Bakul Makanan yang telah beliau lancarkan tidak lama dulu? Atau adakah para Srikandi Bersatu serta Muslimat PAS yang dipimpin oleh beliau telah menyelesaikan masalah wanita dan keluarga di peringkat kawasan masing-masing melalui Program YKN mahu pun Talian Kasih?

Mungkin juga segalanya telah selesai sehinggakan YB Menteri punya banyak waktu terluang untuk membangunkan persona dirinya pula? Adakah persona diri seorang pemimpin terletak kepada fesyen pakaiannya, kepada tatarias wajahnya dan ukurlilit pinggangnya? Bagaimana pula dengan tuturbicara bahasanya, kebijaksanaan fikirannya dan kezuhudan jiwanya? Mengapa tidak dipertingkatkan persona bicara yg amat lemah dan terserlah di dalam video ucapan beliau seperti yg saya kongsikan di bawah?

Memberikan ucapan untuk sidang maya keenam, Sesi ke-59 Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59) United Nations (UN), New York.

Saya teringin bertanya kepada warga Kementerian Wanita Dan Keluarga.. Adakah Kementerian ini telah tersenarai sebagai Kementerian Paling EFISYEN Dan EFEKTIF dalam KPI nya membela rakyat terbanyak?

Sebuah kisah di Zaman Pemerintahan Saidina Umar Al Khattab r.a. di mana anak Khalifah Umar telah mengadu kepada baginda Khalifah tentang bajunya yang telah lusuh dan kawan-kawannya telah mengejeknya. Khalifah Umar pun bertanyalah kepada Menteri Kewangan yang ketika itu ialah seorang lagi sahabat Rasulullah s.a.w. yang sangat masyhur iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah.

Baginda Khalifah tanya. ” Bolehkah aku mengambil gajiku bagi bulan ini sebelum akhir bulan? Aku perlu membelikan baju baru untuk anakku”. Menteri Kewangan pun menjawab ” Tidak Wahai Khalifah. Adakah ada jaminan bahawa engkau masih hidup di akhir bulan nanti untuk gajimu dipotong?”. Khalifah Umar terus tak jadi meminta gajinya didahulukan.

Saya percaya, para pemimpin dan para penyokong kepada pemimpin-pemimpin yang ada sekarang boleh memahami kisah yang saya share ni. Jika masih tidak faham atau buat-buat tak faham.. Saya cadangkan kita semua baca peringatan Allah s.w.t melalui Surah Al Mulk, Ayat 1-2..

“Maha Suci Allah yang seluruh Kerajaan ini adalah di bawah kekuasaanNya. Dan Allah itu ke atas segala sesuatu Amat Berkuasa.” (1)

“Dialah yg menjadikan Hidup Dan Mati itu agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik Amal Perbuatannya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” (2)

Sebagai rakyat marhain dan Pemerhati Politik Bebas, saya kongsikan pandangan ini agar pemimpin kembali kepada Amanah, Responsibility, Oath yang telah dipegang sebelum Allah bertambah murka dengan kelalaian kita. ‘Sesungguhnya Setiap Pemerintah akan dipertanggubjawabkan ke atas Rakyat yang diperintahnya’.

Jika Rakyat Bukan Keutamaan Pemimpin.. MAKA Letaklah Jawatan.

This writing serves as a Self Reminder for myself too.

Wallahu A’lam.


Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...