COVID-19 @ My LNA

Pusat Mediasi COVID-19 bantu selesaikan pertikaian kontrak

83

7 Februari 2021 – Kerajaan telah menubuhkan Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19)  bagi membantu orang awam dalam menyelesaikan pertikaian yang berbangkit daripada ketidakupayaan untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada mana-mana kategori kontrak dalam Jadual [Seksyen 7] Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19.

Nilai pertikaian untuk proses mediasi di bawah PMC-19 hendaklah tidak melebihi RM500,000.00. Pertikaian yang layak dipertimbangkan hendaklah tersenarai dalam sembilan (9) kategori berikut:

  1. Pembinaan

Kontrak kerja pembinaan atau kontrak perundangan pembinaan dan apa-apa kontrak lain yang berhubung dengan pembekal bahan, kelengkapan atau pekerja pembinaan yang berkaitan dengan suatu kontrak pembinaan.

2. Bon Pelaksanaan

Bon pelaksanaan atau seumpamanya yang diberikan merujuk suatu kontrak pembinaan atau kontrak pembekalan.

3. Acara

Kontrak acara bagi penyediaan mana-mana tempat, penginapan, kemudahan, pengangkutan, hiburan, katering atau barang atau perkhidmatan lain.

4. Pelancongan

Kontrak oleh pengusaha pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan kontrak bagi penggalakkan pelancongan di Malaysia.

5. Profesional

Kontrak perkhidmatan profesional.

6. Pajakan atau sewaan

Pajakan atau sewaan harta tak alih bukan kediaman.

7. Ziarah Keagamaan

Kontrak yang berhubung dengan ziarah keagamaan.

8. Perjanjian Sewa Beli

Perjanjian sewa beli sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] atau kontrak pajakan, yang telah dimasuki oleh perusahaan mikro, golongan B40 atau M40 seperti yang dinyatakan dalam pangkalan data Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi kenderaan yang berikut:

(a) kenderaan motokar seperti yang dikelaskan di bawah seksyen 5 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

(b) kenderaan barangan atau perkhidmatan

  • berhubung dengan Semenanjung Malaysia, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]; atau
  • berhubung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] atau;

(c) kenderaan pelancongan

  • berhubung dengan Semenanjung Malaysia, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]; atau
  • berhubung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594].

Untuk maklumat lanjut sila layari halaman web PMC-19 http://www.pmc19.gov.my/

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMBM @ MY LNACOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...