Home MY LNA AM Nancy ucapkan tahniah kepada PM dapatkan kesepakatan Indonesia benarkan RGL/TCA
AMPelanconganSeni dan Budaya

Nancy ucapkan tahniah kepada PM dapatkan kesepakatan Indonesia benarkan RGL/TCA

6 Februari 2021 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin atas kejayaan beliau mendapatkan kesepakatan Republik Indonesia dalam membenarkan Gelembung Perjalanan Reciprocal Green Lane/Travel Corridor Arrangement (RGL/TCA).

“Alhamdulillah, ia merupakan berita baik dan ditunggu-tunggu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Inisiatif ini merupakan salah satu pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan MOTAC yang dirangka sejak Julai tahun lalu sebagai langkah untuk merancakkan semula atau “rebound” industri pelancongan dan kebudayaan negara.

MOTAC sebelum ini juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam meneroka peluang pewujudan travel bubbles dengan negara-negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Thailand atau negara-negara ASEAN dan Asia Pasifik seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand yang dikenalpasti selamat oleh World Health Organization (WHO).” kata Nancy di dalam satu siaran media yang dikeluarkan semalam.

Bagaimanapun pelaksanaannya adalah tertakluk kepada perbincangan dua hala dan pertimbangan mengenai aspek kesihatan, imigrasi, pengesanan data, dan pemantauan berterusan oleh agensi yang berkaitan di kedua-dua negara.

“Di peringkat antarabangsa, sebagai Pengerusi Suruhanjaya bagi Rantau Asia Timur & Pasifik dalam Jawatankuasa Krisis Pelancongan Global UNWTO atau UNWTO Global Tourism Crisis Committee, Malaysia turut menyuarakan cadangan ketelusan dan penyeragaman SOP merentas sempadan oleh negara-negara yang selamat bagi memudahkan perjalanan, dengan mengambil kira pandangan daripada agensi-agensi kesihatan negara masing-masing.” tambah Nancy.

Muhyiddin telah mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi). Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...

Hak AsasiMY LNAOKUSeni dan BudayaUTAMA

Teater “Kenapa Kau Bayang Waktu” sorot isu kesihatan mental pasca-pandemik

Sebuah pementasan teater yang memperihalkan isu kesihatan mental di kalangan pelbagai segmen...

Gaya Hidup @ My LNAMY LNASeni dan BudayaUTAMA

Walkabout Menteri MOTAC sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023

KUALA LUMPUR 3 Disember 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember – Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh...