Home MY LNA AM MOTAC dan JTKSM kerjasama tawarkan inisiatif penempatan sementara pekerja
AMPelancongan

MOTAC dan JTKSM kerjasama tawarkan inisiatif penempatan sementara pekerja

6 Februari 2021 – Susulan daripada keputusan yang dicapai semasa Sidang Khas MKN Pengurusan Covid-19 Bilangan 8 Tahun 2021 Siri 70 pada 26 Januari 2021 yang lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di bawah Kementerian Sumber Manusia, kini melaksanakan inisiatif bagi penempatan sementara pekerja di hotel mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).

“Keputusan ini dicapai semasa Sidang Khas MKN Pengurusan Covid-19 Bilangan 8 Tahun 2021 Siri 70 pada 26 Januari 2021 yang lalu. Susulan daripada itu, perbincangan bersama wakil persatuan penggiat industri (perhotelan dan bas persiaran) telah diadakan pada 4 Februari 2021 bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pelaksanaan inisiatif tersebut.

Usaha proaktif kerajaan ini adalah bertujuan untuk menangani penularan wabak Covid-19 yang berpunca daripada kluster tempat kerja khususnya yang melibatkan penginapan pekerja. Inisiatif ini merupakan alternatif terbaik pada masa ini yang secara tidak langsung dapat membantu kelangsungan perniagaan pengusaha hotel yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19 di dalam negara.” kata MOTAC melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini.

Menurut MOTAC lagi, permohonan adalah terbuka bagi hotel yang berminat yang memenuhi syarat di bawah Akta 446.

“Hotel yang telah berdaftar dengan MOTAC hanya perlu mengemukakan permohonan secara terus ke emel inisiatifhotel@motac.gov.my, manakala bagi yang belum perlulah mendaftar dengan MOTAC telebih dahulu di www.spip.gov.my sebelum permohonan dipanjangkan kepada JTKSM.

Skop hanyalah melibatkan penginapan bilik sahaja, tidak termasuk kos air, elektrik, dobi serta kemudahan lain. Walau bagaimanapun, pihak majikan boleh mendapatkan kemudahan lain yang berkaitan dengan tambahan kos yang dirunding bersama pihak hotel.” jelas MOTAC.

Maklumat lanjut berkaitan insiatif ini boleh didapati melalui laman sesawang kementerian di http://www.motac.gov.my/inisiatifhotel2021.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...