AMNiaga @ My LNA

TEKUN Nasional lantik 4 orang Ahli Jawatankuasa Syariah

375

PUTRAJAYA 3 Februari 2021 – Seramai 4 orang Ahli Jawatankuasa Syariah dilantik oleh TEKUN Nasional bagi tempoh 15 Februari 2021 hingga 14 Februari 2023 dan surat lantikan telah diserahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato Sri Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar semalam.

“Pelantikan ahli jawatankuasa syariah ini bagi memantapkan lagi tadbir urus Syariah TEKUN Nasional. Ahli-ahli baharu yang dilantik ini terdiri daripada kalangan tokoh yang berintegriti, komited dan dihormati di pelbagai peringkat serta mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam undang-undang syariah dan kewangan Islam.

Saya percaya, mereka ini berupaya untuk memperkasakan kewibawaan Jawatankuasa Syariah TEKUN Nasional dan seterusnya akan memberi lebih keyakinan kepada usahawan yang komited untuk melaksanakan perniagaan sejajar dengan prinsip-prinsip Syariah. Selain itu, penawaran produk pembiayaan yang patuh syariah ini turut menguntungkan usahawan kerana ia lebih telus dengan tiadanya caj-caj tersembunyi” kata Dr. Wan Junaidi melalui satu kenyataan media yang diedarkan semalam.

Sejak tahun 2006 TEKUN telah menawarkan pembiayaan patuh syariah dengan menggunakan konsep Qardul Hasan Pada tahun 2016, TEKUN telah memperkenalkan konsep patuh syariah yang baru iaitu Tawarruq yang diguna pakai dalam Skim Pembiayaan TEKUN Niaga.

TEKUN Nasional telah mendapat pengiktirafan patuh Syariah daripada juru perunding pembiayaan patuh Syariah iaitu Syariah Centre of Excellence Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2017. Sehingga kini semua produk pembiayaan TEKUN yang ditawarkan kepada para usahawan adalah patuh Syariah sepenuhnya.

Barisan Jawatankuasa Syariah TEKUN Nasional yang baru ini terdiri daripada Tn Haji Mohd Nazri Bin Chik, Pengurus Besar Hubungan Strategik, Bank Islam Malaysia Berhad merangkap Ketua Pegawai Syariah Kumpulan, BIMB Holdings Berhad yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah TEKUN Nasional. Manakala ahli-ahli yang lain adalah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor di IIUM Institute of Islamic Banking & Finance (IiiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Dr. Kamaruzaman Bin Noordin, Professor Madya di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) dan Tn Hj Syed Abdullah Bin Syed Nordin, Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...