Home MY LNA Alam Sekitar @ MY LNA Pelaku Pembuangan Haram Bahan Kimia di Kajang giat diburu JAS
Alam Sekitar @ MY LNAAM

Pelaku Pembuangan Haram Bahan Kimia di Kajang giat diburu JAS

KAJANG 3 Februari 2021 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor sedang giat memburu pelaku yang bertanggungjawab terhadap kejadian pembuangan haram bahan kimia di di rezab Sungai Langat, Taman Seri Reko, 43000 Kajang, Selangor. Dari pemeriksaan yang bermula sejak petang Selasa mendapati terdapat sejumlah 21 tong berisi larutan cecair yang berbau seperti pelarut. Tiada pertumpahan cecair dikesan di atas tanah semasa siasatan dan tidak kelihatan sebarang cecair mengalir di atas tanah.

Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar Puan Norlin Jaafar menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, JAS telah menutup kawasan ini bagi mengelakkan sebarang kesan bahan kimia kepada orang awam dan sampel bahan kimia tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

Kertas Siasatan telah dibuka untuk pendakwaan di mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 seperti berikut:

  1. Seksyen 34A iaitu gagal mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) dari aktiviti yang ditetapkan (penstoran luar tapak);
  2. Seksyen 34B iaitu menempatkan buangan terjadual di premis tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah;
  3. Seksyen 18(1) iaitu menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa lesen daripada Ketua Pengarah; dan
  4. Seksyen 19(a) iaitu menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

“Agensi-agensi yang terlibat dalam siasatan insiden ini termasuklah Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat (PTDHL), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kualiti Alam Sdn. Bhd.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang melaporkan mengenai kejadian ini dan sebarang aduan pencemaran hendaklah dilaporkan terus ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.” kata Norlin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAUTAMA

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI – “Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan...

AMHighlightsMY LNA

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih...