Home AM Kadar elaun Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dinaikkan – Khairy
AMPendidikan

Kadar elaun Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dinaikkan – Khairy

SSUCv3H4sIAAAAAAAEAH1Ty27CMBC8V+o/oJyhtQnk0S/oBbV3xMFxlsTFiSN7Q1Uh/r3OCzYV6iXyzO6Od2edy/PTYhFkwikZvC0uHfJYad06tAKVqT3NliMPuUJjldAd2XHXPhI4FNg6cESCr0N79DicajNVODTy1JQGDQ1IUT8O5NAYp7Dn3SxgQVQOVQWUPfo0rQSlGlPnW0q4skUE29/neZ6SIaRAKPx0szEmZ/YDXkyBsXP0oeAdhMZSCguvO++Q9PYsSZZrsy7rI/sCiS6YItflP5KfYBoNj2R2yknQWtRgWiI2HA7TnKKAWv7c55jZsyeqnEVJ+MJZzHn/3dwkD7fL537T6lmDnEePiv/undYPzt2rhsOVLMWCBjG8rLEwCNN1nrCUrYBF2WqTxvFKRKlcJWtIo1hs02Oy7iWHJoLTt9941S91FD2rHAzBos2VIUs/G7/D/sWRThqrpKoLUmawBEuw9P+MqQhRG+w7H30Kcv/COshDzpKEM7bdxCyJE9a5fv0Fho+rdIsDAAA=

PUTRAJAYA 4 Februari 2021 – Kadar elaun Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dalam skim pembiayaan Dana R&D Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengikut kelayakan akademik dinaikkan sebanyak RM3,200 bagi GRA Doktor Falsafah dan RM3,000 bagi GRA Sarjana bermula tahun 2021.

Ia diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sewaktu Majlis Pelancaran Elaun Baharu GRA dan Sidang Wacana yang diadakan secara atas talian di sini hari ini. Menurut Khairy, kenaikan tersebut akan melibatkan kenaikan elaun kepada seramai 11,000 orang GRA di institut pengajian tinggi.

Majlis Pelancaran Elaun Baharu GRA dan Sidang Wacana

“Kenaikan tersebut mengambil kira kadar elaun semasa yang diterima GRA berbanding perkara seperti gaji permulaan (termasuk elaun) pegawai teknikal penyelidik dan sains yang bertaraf tetap, kadar inflasi mengikut kiraan Indeks Harga Pengguna dan Taburan pendapatan isi rumah mengikut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia.” kata Khairy.

Dalam pada itu, menerusi satu siaran media yang diedarkan hari ini, MOSTI memaklumkan bahawa terdapat lima (5) Dana Penyelidikan yang ditawarkan oleh MOSTI di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU). Empat (4) daripada Dana Penyelidikan MOSTI tersebut adalah :

  1. Dana Penyelidikan Strategik (SRF);
  2. Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1);
  3. Dana Pembangunan Teknologi 2 (Ted2); dan
  4. Dana Bridging (BGF).

“Dana dana ini menawarkan lantikan GRA dengan jumlah elaun yang spesifik mengikut tahap pengajian yang sedang dijalani. Melalui pembiayaan Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ini, MOSTI yakin graduan dan bakat yang berkualiti tinggi dapat dihasilkan. Graduan yang dilantik ini akan meneruskan kerjaya dalam bidang STEM dengan dilengkapi kemahiran dan kompetensi yang bersesuaian sekaligus mempunyai daya saing untuk kerjaya masa hadapan.

Generasi muda yang kompeten terutama yang menceburi bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) amat penting dalam menggerakkan agenda STI negara kerana generasi ini dapat menterjemahkan idea dan menggalakkan penciptaan teknologi yang dapat memacu ekonomi negara seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat. Perkara ini sejajar dengan hasrat MOSTI untuk mensasarkan bilangan penyelidik kepada 130 bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang tahun 2025 dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 di bawah Teras 4.

Elaun kepada GRA adalah salah satu skop pembiayaan yang ditanggung oleh MOSTI. GRA bertanggungjawab untuk membantu penyelidik/pensyarah melaksanakan tugas tugas penyelidikan seperti melakukan kerja makmal, melakukan analisis, mengutip sampel di lapangan dan lain lain tugasan berkaitan projek penyelidikan” jelas MOSTI.

Kata MOSTI lagi, pada tahun 2006 sehingga 2020, siling elaun yang dibenarkan untuk dibayar kepada seorang GRA di bawah Dana R&D MOSTI adalah sebanyak RM2,500 sebulan untuk tempoh antara 18 hingga 36 bulan.

“Kadar elaun yang ditawarkan sebelum ini masih rendah berbanding jawatan lain dengan kelayakan akademik yang sama. Hasrat utama MOSTI dan Kerajaan adalah supaya projek projek penyelidikan yang dilaksanakan di institut pengajian tinggi dan pusat penyelidikan Kerajaan dapat menjadi platform dan pemangkin pertumbuhan ekonomi melalui penerokaan idea baharu, kualiti penyelidik dan GRA, perlu bergerak selari dengan visi serta misi yang dinyatakan serta memangkin penciptaan teknologi dan inovasi.” ujar MOSTI.

Selain daripada inisiatif menaikkan elaun GRA, MOSTI pada 2 Februari 2021 telah memperluaskan pembayaran elaun ini kepada Pegawai Penyelidik (RO) yang akan dilantik oleh Agensi STI Kerajaan, GRI, Start up, PKS dan MNC untuk projek R&D dengan syarat pihak penerima dana berkolaborasi dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT)dan RO yang dilantik hendaklah mempunyai kelayakan akademik bersesuaian dengan projek R&D yang dilaksanakan.

“MOSTI berharap elaun GRA dan RO yang akan dilaksanakan ini mampu menyokong hasrat Kerajaan dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) bagi membangun, memupuk dan menggilap bakat dalam bidang STI di kalangan generasi muda” kata MOSTI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...