AM

Inisiatif Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (RMNK) pacu ekosistem nanoteknologi negara secara lebih progresif dan dinamik – Khairy

193

PUTRAJAYA 3 Februari 2021 – Inisiatif Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (RMNK) yang dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melalui kerjasama dengan semua pemegang taruh bagi membentuk serta memacu ekosistem nanoteknologi negara secara lebih progresif dan dinamik.

“Kewujudan portal RMNK melalui pautan www.mosti.gov.my/rmnk akan memudahkan para penyelidik dan pemain industri mendapatkan maklumat tentang peralatan dan teknologi yang sedia ada dalam negara. Secara tidak langsung, para penyelidik juga akan mendapat hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan dalam waktu lebih singkat dan efisien apabila menggunakan makmal serta kemudahan yang sedia ada di dalam negara. Sebelum ini, para penyelidik dan pemain industri menghantar sampel penyelidikan untuk ciri pengukuran teknologi nano ke luar negara kerana kekurangan maklumat berkenaan sumber dan kemudahan yang disediakan dalam negara.

Selepas 15 tahun Inisiatif Nanoteknologi Nasional atau National Nanotechnology Initiative (NNI) diperkenalkan, pelbagai pencapaian dalam bidang nanoteknologi telah berjaya dilaksanakan seperti pelaksanaan Pelan Tindakan Graphene Kebangsaan 2020 di mana lebih 50 projek telah diaktifkan, mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi termasuk sumbangan pendapatan syarikat sehingga RM3 bilion pada lima (5) tahun pertama pengkomersialan.” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin melalui satu kenyataan media hari ini.

Jelas Khairy, bermula tahun 2006, Kerajaan telah mengorak langkah untuk menerokai peluang yang wujud menerusi nanoteknologi dengan memperkenalkan Inisiatif Nanoteknologi Nasional atau National Nanotechnology Initiative (NNI) yang dilaksanakan bertujuan memastikan nanoteknologi berada di dalam arus perdana STI negara seiring dengan negara-negara maju.

“Dua (2) buah entiti utama sektor ini di Malaysia adalah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) dan NanoMalaysia Berhad (NMB). NNC bertindak sebagai pusat rujukan nasional bagi penyelarasan aktiviti R&D berkaitan nanoteknologi di Malaysia manakala NanoMalaysia Berhad (NMB) berperanan menggalakkan aktiviti R&D bersama industri dan pengkomersialan projek-projek berasaskan nanoteknologi tempatan.

Dengan adanya RMNK, penggunaan sumber yang lebih efisien dapat dipertingkatkan, kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan.” katanya.

Portal RMNK tersebut akan membolehkan para penyelidik dan industri memanfaatkannya bagi tujuan mendapatkan bantuan konsultansi dan nasihat teknikal serta penggunaan peralatan bagi menjalankan kajian berdasarkan nanoteknologi.

“Portal ini juga diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai penyelidik dan pemain industri untuk terlibat secara aktif di dalam Malaysia Grand Challenge (MGC) yang menyediakan dana berjumlah lebih RM220 juta bagi tujuan R&D di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) MOSTI.” ujar Khairy.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...