Home AM Poster dimuat naik oleh Twitter ‘Tangga Putra Perdana’ bukan diterbitkan oleh J-KOM
AMPolitikSains, Teknologi & Komunikasi

Poster dimuat naik oleh Twitter ‘Tangga Putra Perdana’ bukan diterbitkan oleh J-KOM

Creative red news header background. Information and breaking concept. 3D Rendering

27 Januari 2021 – Poster yang tular di media sosial baru-baru ini terutamanya di Twitter yang mengandungi gambar Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ayat ‘diterbitkan oleh Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM)’ sebenarnya tidak diterbitkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) .

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, J-KOM iaitu Jabatan di bawah KKMM tidak terlibat dalam penerbitan poster tersebut yang dimuat naik di akaun Twitter Tangga Putra Perdana pada 26 Januari 2021 (Selasa).

“Hantaran di akaun Twitter tersebut memaparkan poster yang menggunakan nama mirip J-KOM iaitu ‘diterbitkan oleh Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM)’ dan jata yang tertera nama Kementerian Komunikasi dan Mutimedia Malaysia.

J-KOM merupakan singkatan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti dan pada masa ini masih belum mempunyai akaun rasmi media sosial kerana tarikh berkuatkuasa Jabatan ini adalah pada 1 Februari 2021.” jelas KKMM.

Kata KKMM lagi, penggunaan jata atas nama Kementerian dan Jabatan oleh pihak lain tanpa kebenaran merupakan tindakan yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab serta menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada laman web rasmi KKMM di www.kkmm.gov.my dan akaun media sosial rasmi KKMM untuk maklumat sahih berhubung J-KOM.” ujar KKMM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...