Home AM KPM akan tambah Slot DidikTV@NTV7, khusus untuk calon SPM 2020
AMPendidikan

KPM akan tambah Slot DidikTV@NTV7, khusus untuk calon SPM 2020

26 Januari 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 mulai 27 Januari 2021.

Menurut KPM melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini, slot tersebut akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

“Slot tambahan ini melibatkan dua (2) jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di saluran NTV7. KPM juga telah menambah lima (5) jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.” kata KPM.

KPM turut yakin Program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan. Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

HighlightsMY LNAPendapatPendidikan

Tiada lambakan jika mahu pandang ke hadapan

Oleh: Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Saya teruja untuk memberi respon kepada...

HighlightsKajian SosialMY LNAPendapatPendidikan

Cabaran membaca di era ‘gangguan’

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Frank Swettenham dalam bukunya Malay...