AMPendidikan @ My LNA

Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) yang baharu

140

29 Januari 2021 – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada hari ini mengumumkan pelantikan Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) yang baharu, berkuat kuasa mulai 1 Februari 2021 sehingga 9 Mac 2023. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar akan menggantikan Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang telah bersara wajib pada 10 Januari lalu.

“Prof. Dato’ Dr. Husaini, 57 tahun, berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi) daripada Universiti Malaya (UM) pada tahun 1988 dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Geologi dari University of Leeds, United Kingdom pada tahun 1994. Beliau seterusnya memperoleh Doctor of Engineering (System Engineering) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2002.

Beliau mempunyai pengalaman industri selama lapan (8) tahun sebagai jurutera geologi sebelum memulakan karier sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1996. Beliau meniti kejayaan akademik dan pentadbiran sehingga dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM pada 15 Februari 2017 sebelum menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 1 Januari 2018 sehingga 6 Januari 2019. Beliau seterusnya menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dari 1 Jun 2020 sehingga 31 Januari 2021.” kata Dr Noraini melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tambah beliau, Prof. Dato’ Dr. Husaini telah menerbitkan lebih 200 buah penerbitan dalam bentuk jurnal, prosiding, buku, dan laporan teknikal hasil daripada penyelidikan yang dijalankan.

“Beliau juga telah menyelia lebih 20 orang pelajar pasca siswazah dan sebahagian daripada hasil penyelidikan beliau telah dipatenkan di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Saya percaya berbekalkan kepakaran, pengalaman dan pencapaian yang cemerlang, Prof. Dato’ Dr. Husaini akan terus melonjakkan prestasi pendidikan tinggi negara selaras dengan hasrat yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025.” ujarnya.

Dr Noraini turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak atas segala jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh beliau menerajui Jabatan Pendidikan Tinggi sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Menangani sikap anti-sosial kanak-kanak di tadika dan taska

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Sejak akhir-akhir ini terdapat keluhan-keluhan yang amat...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Amni yakin pendidikan STEM buka peluang kerjaya yang luas

“Saya agak terkesan apabila terbaca data Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 300,000 orang...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Kerajaan laksanakan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI)

PUTRAJAYA 27 Mei 2024 – Susulan kenyataan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri,...

AMBM @ MY LNA

Bekalan Air Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam pulih sepenuhnya

KUALA LUMPUR, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa bekalan...