Home MY LNA AM KRT bantu sediakan 176,403 unit PPE untuk petugas barisan hadapan
AMCOVID-19Kesihatan @ My LNA

KRT bantu sediakan 176,403 unit PPE untuk petugas barisan hadapan

The wellbeing and emotional resilience are key components of maintaining essential care services.

PUTRAJAYA 21 Januari 2021 – Sehingga 4 Januari 2021, sebanyak 176,043 unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) telah dihasilkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di dua belas (13) buah negeri iaitu WP Kuala Lumpur, WP Labuan, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Sarawak dan Sabah. Peruntukan untuk menghasilkan PPE tersebut berjumlah sebanyak RM1,555,000 telah disalurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara kepada 115 buah KRT bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada Mei 2020 bagi menjahit dan menyediakan PPE bagi kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Program ini dijalankan di dalam lima (5) fasa agihan dan dijangka akan menghasilkan sejumlah 400,000 unit keseluruhannya pada akhir Februari 2021. Peralatan PPE yang dihasilkan adalah isolation gown, round cap, shoes cover, boot cover dan face shield.” kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara inisiatif melalui jentera perpaduan KRT ini adalah merupakan tenaga sukarela komuniti setempat bagi membantu membekalkan keperluan peralatan PPE kepada petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugasan mereka.

“Penyediaan peralatan PPE oleh KRT ini adalah inisiatif yang dijalankan secara berterusan mengikut keperluan semasa dan Kementerian Perpaduan Negara komited meneruskan sumbangan ini di dalam usaha bersama untuk memutuskan rangkaian COVID-19 di Malaysia.” kata Kementerian.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...