AM

Malaysia alu-alukan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW)

78
Rocket flies through the clouds at sunset 3d illustration

PUTRAJAYA 22 Januari 2021 – Penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) yang bermula pada hari ini dialu-alukan oleh Malaysia. Menurut Kementerian Luar Negeri (MOFA) melalui satu siaran akhbar yang diedarkan hari ini, Triti ini merupakan surat cara antarabangsa pertama yang sah mengharamkan senjata nuklear secara komprehensif, dan berkuatkuasa selepas memperoleh pengratifikasian ke-50 pada 24 Oktober 2020 yang lalu.

“Triti yang telah dimeterai di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Julai 2017 ini melarang segala aktiviti yang berkaitan dengan senjata nuklear. Larangan ini termasuk pembangunan, pengujian, pembuatan, perolehan, pemilikan, penyimpanan, penempatan, dan penggunaan. TPNW turut akan mengukuhkan lagi norma bahawa senjata nuklear tidak boleh diterima sama sekali, tidak boleh digunakan, tidak boleh diancam untuk digunakan dan perlu disingkirkan dan dihapuskan dengan kadar segera.

Malaysia memainkan peranan utama dalam proses yang membawa kepada pemeteraian TPNW oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2017. Malaysia menandatangani TPNW sebaik sahaja ianya dibuka untuk tandatangan pada 20 September 2017 dan meratifikasi Triti dua tahun kemudian pada 30 September 2020, menjadikan Malaysia sebagai Negara Pihak ke46 kepada Triti tersebut.

Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada semua Negara Pihak kepada TPNW dan menggalakkan negara-negara lain untuk mempercepat proses penerimaan mereka terhadap Triti berkenaan.” kata MOFA.

TPNW adalah satu surat cara antarabangsa yang mengikat secara sah, boleh dilaksanakan, dan mewujudkan norma undang-undang bahawa senjata nuklear secara mutlaknya tidak boleh diterima.

“Dengan penguatkuasaan TPNW, norma global pencegahan senjata nuklear akan dapat diperkukuhkan. Malaysia berharap bahawa TPNW akan mengubah wacana mengenai pelucutan senjata nuklear daripada perbincangan yang dikuasai oleh Negara-negara kuasa nuklear dan Negara-negara bersenjata nuklear, kepada perbincangan yang lebih demokratik, saksama dan di mana semua Negara mempunyai suara yang sama penting.

Malaysia komited untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan dalam melaksanakan kewajipannya terhadap TPNW dan akan bekerjasama erat dengan Negara-negara lain bagi memastikan momentum global kekal kuat terhadap pelucutan senjata nuklear. Malaysia juga akan terus melibatkan diri dengan masyarakat madani dalam mempromosi kesedaran, pendidikan dan wacana mengenai pelucutan senjata nuklear, khususnya berkenaan TPNW.” kata MOFA.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...