AMNiaga @ My LNA

TEKUN bantu usahawan melalui Inisiatif Prihatin Banjir

105

KUALA LUMPUR 20 Januari 2021 – Para usahawan TEKUN yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda negara ini ditawarkan Inisiatif Prihatin Banjir oleh TEKUN Nasional di mana inisiatif tersebut bertujuan meringankan beban yang dihadapi oleh usahawan sama ada menjejaskan premis perniagaan, kerosakan stok barangan atau pun kediaman mereka.

““Antara kemudahan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional adalah menyediakan moratorium sehingga 6 bulan kepada usahawan yang sukar untuk membayar balik pembiayaan akibat terkesan dengan banjir.

“Selain itu, usahawan TEKUN yang terjejas dengan banjir dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan mereka dan boleh membuat penjadualan semula pembiayaan. Bagi usahawan TEKUN yang mengalami kerosakan premis perniagaan dan stok barangan, mereka boleh memohon pembiayaan bertindih (overlapping) untuk memulakan semula perniagaan yang terjejas.

“Dalam tempoh yang sukar ini usahawan seharusnya dibantu bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan dan kelangsungan hidup mereka” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, TEKUN Nasional menjelaskan bahawa usahawan boleh mengemukakan permohonan di semua Pejabat TEKUN Cawangan dengan menyertakan 2 keping gambar premis perniagaan / rumah yang terlibat bencana serta mendapatkan pengesahan Pegawai TEKUN di cawangan berdekatan berkaitan bencana banjir.

“Permohonan boleh dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh berlakunya bencana banjir. Maklumat lanjut mengenai Inisiatif Prihatin Banjir TEKUN ini akan diwar-warkan di media sosial TEKUN dalam tempoh terdekat.” kata TEKUN Nasional.

Sejak diwujudkan pada tahun 1998 sehingga 2020, TEKUN Nasional telah memberi pembiayaan perniagaan kepada 474,965 orang usahawan yang bernilai RM6.4 billion di seluruh negara.

“TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan.” ujar TEKUN Nasional.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...