Home MY LNA AM Hishamuddin sertai Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN
AM

Hishamuddin sertai Sesi Pemukiman Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN

The word "ASEAN" is lined with gold letters on wooden planks. 3D illustration image

PUTRAJAYA 20 Januari 2021 – Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN pada 21 Januari 2021 akan disertai oleh Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sesi tersebut akan diadakan secara persidangan video.

Menurut Kementerian Luar Negeri (MOFA) dalam satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, Brunei Darussalam merupakan Pengerusi ASEAN pada tahun 2021 di bawah tema “We Care, We Prepare, We Prosper.”

“Sesi Pemukiman ini merupakan mesyuarat berjadual pertama Negara-negara Anggota ASEAN yang akan dipengerusikan oleh TYT Dato Erywan Pehin Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam.

Sesi Pemukiman ini akan melibatkan penyertaan Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN. Sesi Pemukiman ini telah didahului dengan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN pada 19 Januari 2021.” kata MOFA.

Pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang telah diadakan pada tahun 2020 di bawah kepengerusian Viet Nam merupakan antara isu-isu yang akan dibincangkan. Inisiatif-inisiatif untuk menggerakkan keutamaan agenda Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ASEAN 2021 turut akan dibincangkan.

“Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa serta langkah-langkah bagi mengukuhkan hubungan di antara ASEAN dan Rakan-rakan Luar ASEAN.

Dalam usaha Negara-negara Anggota ASEAN bergerak mara ke arah Wawasan Komuniti ASEAN 2025, Malaysia memberi sokongan penuh dan komited dalam memastikan perkembangan substantif dapat dicapai di bawah kepengerusian Brunei Darussalam pada tahun 2021.” ujar MOFA.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomi @ My LNAMY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

PMX umum subsidi tambahan RM400 juta tangani isu harga beras

Kerajaan akan menyalurkan subsidi tambahan berjumlah hampir RM400 juta dalam rangka memastikan...

AMMY LNAUTAMA

Menteri KKR kongsi visi My Jalan di pentas antarabangsa

3 Oktober 2023 – Menteri Kerja Raya (KKR), Dato Sri Alexander Nanta...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...