Home Politik DAP terus istiqamah bantu rakyat – Sheikh Umar Bagharib
Politik

DAP terus istiqamah bantu rakyat – Sheikh Umar Bagharib

18 Januari 2021 – ADUN Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali menerangkan bahawa semua pemimpin dan petugas akar umbi DAP sedang sibuk berkhidmat untuk rakyat yang pada masa sekarang sedang berhadapan dengan bencana banjir, Covid-19 dan tekanan ekonomi.

Komitmen DAP dalam membantu rakyat adalah berterusan walaupun pada masa yang sama DAP sering dijadikan sebagai “punching bag” oleh parti-parti pemerintah bagi menutup kelemahan pentadbiran mahupun perbalahan dalaman.

“Saya meneliti kenyataan Annuar Musa berkaitan 3 sebab mengapa UMNO perlu tolak DAP seperti yang dilaporkan muka hadapan Sinchew Daily edisi malam semalam(17 Januari 2021).Antara intipatinya, jika UMNO berkerjasama dengan DAP, UMNO akan kalah semua kerusi dalam PRU15.

Turut sependapat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggunakan alasan sama lantas mencetuskan Langkah Sheraton setahun yang lalu.” kata Sheikh Umar Bagharib melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Sambil menyifatkan tidakan tindakan parti yang menunggang nama Melayu tersebut adalah melucukan beliau berkata bahawa selepas langkah Shareton, parti DAP sudah bukan lagi sebahagian dari kerajaan. Namun apa yang terjadi adalah setiap kali berlaku pergaduhan antara parti-parti Perikatan Nasional ini, setiap kali itu jugalah nama parti DAP dipergunakan.

“Ini gambaran bahawa mereka sangat lemah. Kononnya hebat, tetapi terpaksa bersandar pada DAP untuk dijadikan ‘punching bag’ bagi menutup kelemahan pentadbiran mahupun perbalahan dalaman. Apatah lagi dalam keadaan kerajaan yang ditadbir tanpa majoriti ini.” ujarnya.

Katanya lagi, semua pemimpin dan petugas akar umbi DAP sedang sibuk berkhidmat untuk rakyat yang pada masa sekarang sedang berhadapan dengan bencana banjir, Covid-19 dan tekanan ekonomi.

“Fokus DAP ketika ini ialah untuk istiqamah membantu rakyat dan membantu golongan kurang bernasib baik. Bukan mencari pihak ketiga untuk dipersalahkan, bagi menutup kelemahan diri sendiri.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

MY LNAPolitik

Abdul Rahman pertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

KUALA LUMPUR 21 Februari 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’...

Politik

Nik Suryani bakal bertanding Exco Wanita UMNO

14 Februari 2023 – Bekas wartawan TV3, Nik Suryani Megat Deraman mengumumkan...

AMMY LNAParlimenPolitik

Ismail Sabri terharu dengan titah YDPA

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail...