Home AM Upacara Thaipusam 2021 tidak dibenarkan di negeri-negeri di bawah PKP dan PKPB
AMCOVID-19Seni dan Budaya

Upacara Thaipusam 2021 tidak dibenarkan di negeri-negeri di bawah PKP dan PKPB

Breaking news background is perfect for any type of news or information presentation. The background features a stylish and clean layout

PUTRAJAYA 18 Januari 2021 – Susulan perbincangan Kementerian Perpaduan Negara dengan Ketua-Ketua Agama Hindu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 3 Tahun 2021 telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan upacara Thaipusam pada tahun ini di rumah-rumah ibadat (kuil) di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ia juga selaras dengan pengumuman pelaksanaan PKP oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Kementerian juga mengambil maklum keputusan semua Kerajaan Negeri supaya tiada upacara Thaipusam di rumah-rumah ibadat (kuil) di negeri masing-masing pada tahun ini kecuali Kerajaan Negeri Perlis.

“Kementerian turut mengambil maklum kenyataan media oleh Malaysia Hindu Sangam (MHS) pada 12 Januari 2021 yang tidak membenarkan sebarang upacara Thaipusam di rumah-rumah ibadat (kuil) di bawah MHS di seluruh negara.

Mesyuarat teknikal juga bersetuju bahawa upacara Thaipusam boleh dilaksanakan di negeri-negeri di bawah PKPP dengan kebenaran
Kerajaan Negeri yang berkenaan, dan mengikuti SOP lebih ketat.

Sehingga kini, hanya Kerajaan Negeri Perlis di bawah PKPP yang membenarkan upacara Thaipusam.” jelas Kementerian.

SOP Upacara Thaipusam yang dibenarkan di negeri-negeri di bawah PKPP adalah seperti berikut :

a) Perarakan pedati perak untuk membawa Dewa Murugan adalah TIDAK DIBENARKAN.

b) Tempoh waktu sembahyang dan aktiviti keagamaan dibenarkan mulai 27 hingga 29 Januari 2021 mulai jam 5.00 pagi hingga 5.00 petang.

c) Aktiviti membawa “kavadi” adalah TIDAK DIBENARKAN.

d) Aktiviti membawa “paal koodam” (belanga berisi susu) DIBENARKAN dan dihadkan kepada 30 orang sahaja pada satu-satu masa untuk tempoh 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit.

e) Pengiring / kumpulan muzik TIDAK DIBENARKAN turut serta mengiringi pembawa “paal koodam”.

f) Pembawa “paal koodam” DIGALAKKAN membuat pendaftaran dengan pihak pengurusan kuil terlebih dahulu.

g) Pihak pengurusan Rumah Ibadat (Kuil) HENDAKLAH menyediakan laluan khas (assigned pathway) kepada pembawa “paal koodam”.

h) Pembawa “paal koodam” segera meninggalkan Kuil sebaik sahaja selesai persembahan (offerings) dan sembahyang.

i) Aktiviti MENCUKUR RAMBUT dan RITUAL MANDI di dalam kawasan Kuil adalah TIDAK DIBENARKAN.

j) Agihan makanan adalah secara berbungkus (packed food) dan TIDAK DIBENARKAN makan di dalam kawasan Kuil.

k) Aktiviti jualan/perniagaan/penjajaan tanpa premis seperti food truck, penjaja beredar dan penjaja tepi jalan di dalam kawasan dan persekitaran kuil TIDAK DIBENARKAN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

COVID-19HealthLNA LIFE!Media OutReach

Singapore’s Health Sciences Authority Approves Pfizer’s Pneumococcal 20-Valent Conjugate Vaccine For Adults 18 Years Or Older

First pneumococcal conjugate vaccine that protects against 20 serotypes responsible for the...