Home MY LNA AM KKMM komited tingkatkan penggunaan Augmentative Alternative Communication (AAC) demi manfaat golongan OKU – Saifuddin Abdullah
AMOKUParlimen @ My LNA

KKMM komited tingkatkan penggunaan Augmentative Alternative Communication (AAC) demi manfaat golongan OKU – Saifuddin Abdullah

22 Disember 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari ini menerangkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan RTM komited untuk berusaha meningkatkan penggunaan Perkhidmatan Augmentative Alternative Communication (AAC) walaupun ia melibatkan kos yang tinggi.

Menjawab pertanyaan lisan daripada Senator Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi di Dewan Negara hari ini, Saifuddin menyatakan bahawa RTM secara berterusan telah memanfaatkan empat saluran televisyennya, dengan melaksanakan inisiatif – inisiatif bagi memudahkan penonton OKU menikmati perkhidmatan penyiaran, terutama menerusi siaran berita.

YB Senator Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi bertanyakan apakah usaha KKMM bagi mewajibkan semua stesen, portal dan saluran berita adalah mesra OKU dengan adanya bantuan seperti juru bahasa isyarat, penerangan audio serta komunikasi alternatif dan augmentatif (audio description & augmentative alternative communication) selaras dengan matlamat Pelan Tindakan OKU 2016-2022.

“RTM telah meningkatkan obligasi sosialnya kepada golongan OKU dengan mempelopori perkhidmatan jurubahasa di dalam siarannya sejak tahun 1985. Sejak bulan Ogos lalu, RTM telah menambah perkhidmatan jurubahasa isyarat bagi program “Langsung Dari Parlimen”.” kata Saifuddin.

Mengulas berkaitan penggunaan perkhidmatan Augmentative Alternative Communication (AAC), Saifuddin berkata bahawa perkhidmatan berkenaan sudah mula sedikit sebanyak digunakan di RTM. Jelasnya walaupun ia melibatkan kos yang agak tinggi, RTM dan KKMM komited untuk berusaha meningkatkan penggunaannya demi manfaat golongan OKU.

Di samping itu Saifuddin turut berkata bahawa stesen-stesen televisyen swasta di Malaysia juga banyak yang sudah mengaplikasikan inisiatif-inisiatif yang juga mesra OKU.

“Untuk meningkatkan komitmen dan pelaksanaan komunikasi antara Kerajaan yang prihatin di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kami di  KKMM mulai bulan Januari 2021, akan memulakan Unit Komunikasi OKU” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...