Home MY LNA AM Perpustakaan Negara tidak abaikan ketersediaan buku secara fizikal
AMParlimen @ My LNASeni dan Budaya

Perpustakaan Negara tidak abaikan ketersediaan buku secara fizikal

22 Disember 2020 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri memaklumkan bahawa Perpustakaan Negara tidak pernah mengabaikan kepentingan untuk memastikan ketersediaan buku secara fizikal di mana inisiatif yang berterusan sentiasa diambil dalam membudayakan penulisan dan penerbitan buku untuk rujukan rakyat Malaysia melalui penyediaan peruntukan koleksi untuk Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Awam Negeri yang berjumlah lebih RM30juta setiap tahun.

Kata Nancy di Dewan Negara menjawab pertanyaan lisan daripada Senator Tuan Ismail Yusop hari ini yang bertanyakan tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam menggalakkan penggunaan buku yang semakin berkurangan apabila konsep E-Book yang merupakan asas transformasi era digital menjadi kegunaan harian masa kini, peruntukan tersebut termasuklah untuk perolehan melalui Dana Pembelian Terus Buku-Buku Karya Penulis Tempatan yang ditawarkan kepada penulis.

“Dana ini bertujuan khusus untuk membantu para penulis dan menggalakkan golongan penulis untuk terus bergiat aktif dalam bidang penulisan bahan bacaan berkualiti dan menerbitkan buku yang seterusnya menyumbang ke arah meningkatkan bahan terbitan tempatan di pasaran serta menyokong usaha Kerajaan ke arah meningkatkan industri perbukuan negara.

Pada tahun 2020 sahaja seramai 82 orang penulis telah mendapat manfaat dana ini melalui perolehan lebih tiga puluh lima ribu naskhah buku melibatkan 84 judul.” ujarnya.

Tambah Nancy sempena pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020) dengan slogan ‘Caring Through Reading’, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bekerjasama dengan Perpustakaan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Buku Negara, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Perbadanan Kota Buku telah melaksanakan pelbagai aktiviti pembacaan di sekitar Lembah Klang.

“Ini termasuklah menyediakan 64 buah kiosk buku di sepanjang River of Life.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAUTAMA

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI – “Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan...

AMHighlightsMY LNA

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih...