Alam Sekitar @ MY LNAAM

Inisiatif Heart of Borneo terus disokong oleh Kerajaan – Menteri Tenaga dan Sumber Asli

98

PUTRAJAYA 13 Disember 2020 – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah pada hari ni menerusi satu kenyataan media menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif Heart of Borneo (HoB) dengan meluluskan peruntuk sebanyak RM11.26 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2021.

Dr. Shamsul Anuar turut merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak di atas usaha dan komitmen berterusan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan inisiatif HoB ini. Katanya lagi, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) selaku Pengerusi Kumpulan Kerja Pakar HoB dan national focal point bagi inisiatif ini akan terus komited dan menyokong penuh pelaksanaan inisiatif HoB sebagai salah satu projek nasional.

“Sehingga kini, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM90.3 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-9 hingga RMKe-11 bagi membiayai projek-projek di bawah inisiatif HoB di negeri Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif HoB ini bagi Rancangan Malaysia Ke-12 dengan meluluskan sebanyak RM11.26 juta pada tahun 2021 bagi melaksanakan projek dan aktiviti di bawah inisiatif HoB. Kesinambungan pelaksanaan inisiatif HoB di bawah RMKe-12 amat penting selaras dengan matlamat pengurusan hutan secara berkekalan dan usaha konservasi kepelbagaian biologi di kepulauan Borneo khususnya, dan Malaysia secara amnya.” katanya.

Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia bersepakat menandatangani Deklarasi Heart of Borneo (HoB) pada tahun 2007 bagi memastikan khazanah semulajadi di Kepulauan Borneo yang kaya kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna diuruskan secara berkekalan. Jumlah keluasan kawasan yang terbabit di bawah Inisiatif HoB adalah sebanyak 20 juta hektar di mana 6.8 juta hektar daripada kawasan tersebut terletak di Negeri Sabah dan Sarawak.

Inisiatif tersebut telah menyaksikan pertambahan keluasan kawasan HoB Malaysia di Negeri Sarawak dari 2.1 juta hektar ke 2.7 juta hektar dan peningkatan keluasan Totally Protected Areas (TPA) di Sabah sebanyak 125,865 hektar. Ia menunjukkan komitmen kukuh dan berterusan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam menjayakan pelaksanaan inisiatif HoB.

Penganjuran International HoB Conference secara tahunan pula oleh Kerajaan Negeri Sabah telah menjadikan acara tersebut sebagai sebuah program flagship di bawah inisiatif HoB Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...