AMNiaga @ My LNAParlimen @ My LNAPelancongan @ My LNA

Pakej ransangan ekonomi bantu penggiat industri pelancongan – Menteri MOTAC

103

KUALA LUMPUR 14 Disember 2020 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata bahawa bagi membantu meringankan impak penularan wabak COVID-19 terhadap penggiat industri dan seterusnya memulihkan industri pelancongan tempatan, Kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS TAMBAHAN dan PENJANA yang disedia dan dilaksanakan melalui pelbagai agensi-agensi Kerajaan secara rentas Kementerian.

Ketika menjawab pertanyaan lisan dari Ahli Parlimen Tenom di Dewan Rakyat hari ini, beliau menjelaskan bahawa antara bantuan dan insentif yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat industri pelancongan adalah Program Subsidi Upah, pemberian diskaun elektrik kepada sektor pelancongan dan penawaran penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman bersasar.

“Manakala di pihak Kementerian sendiri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah dan akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif khusus seperti menawarkan kursus Domestic Tourism Vibes secara dalam talian, pengecualian bayaran fi lesen bagi pengusaha-pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong, pemberian diskaun dan pelanjutan pembayaran kompaun kepada semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong berlesen dan membangun dan menyediakan platform online seperti laman www.malaysia.travel bagi membolehkan penggiat industri pelancongan memapar, mempromosi dan menawarkan pakej dan produk pelancongan mereka secara percuma.

Di samping itu, MOTAC turut telah mewujudkan pelbagai langkah berbentuk insentif bagi membantu pengusaha pelancongan untuk membangun dan mengembangkan produk dan projek pelancongan seperti premis penginapan pelancongan, homestay, kraftangan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan. Langkah penawaran insentif oleh MOTAC ini dapat membantu penggiat industri pelancongan untuk terus mampan dan berdaya tahan akibat penularan wabak COVID-19. Insentif pembiayaan yang ditawarkan oleh MOTAC adalah Tabung Infrastruktur Pelancongan, Tabung Khas Pelancongan dan Pembiayaan Pelancongan PENJANA” kata Nancy.

Tambah Ahli Parlimen Batang Sadong itu lagi, MOTAC juga membantu pengusaha industri pelancongan melalui insentif potongan cukai pendapatan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi syarikat-syarikat pengendalian pelancongan (travel agency) di Malaysia yang layak.

Dalam pada itu, Nancy berkata bahawa aktiviti sektor seni dan budaya turut diberi fokus yang seiring.

“Ini kerana sektor ini mempunyai saling kait yang rapat dengan industri pelancongan dan pada masa yang sama, turut terasa kesannya daripada kesulitan yang sedang dihadapi oleh industri tersebut. Justeru, Pelan Pemulihan yang dibangunkan MOTAC turut mengambil kira untuk membantu penggiat industri seni dan budaya tanah air, tidak kira sama ada di bandar mahupun luar bandar.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

SCIB dan Awana Tandatangani Perjanjian Baru, Menjamin Kontrak Eksklusif untuk Projek PPAM Mualim

KUCHING, SARAWAK, 15 APRIL 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...