Home AM SENIMAN digesa tampil kemukakan aduan – MCMC
AMMuzik dan HiburanSains, Teknologi & KomunikasiSeni dan Budaya

SENIMAN digesa tampil kemukakan aduan – MCMC

CYBERJAYA 13 November 2020 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini meminta Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) supaya tampil mengemukakan aduan kepada pihaknya bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap kandungan yang diadukan iaitu penerbitan filem berjudul “Babi” oleh Namawee.

“Susulan laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kelmarin terhadap siaran filem kontroversi arahan Wee Meng Chee atau Namewee berjudul ‘Babi’, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini meminta SENIMAN untuk tampil mengemukakan aduan kepada pihak Suruhanjaya bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap kandungan yang diadukan.

Proses penelitian terhadap kandungan yang diadu boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.” kata MCMC melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah MCMC, selain akta tersebut, penelitian lanjut juga boleh dibuat oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengikut peruntukan undang-undang lain yang terpakai berkaitan dengan kandungan atau penyiaran kandungan.

“Sekiranya hasil penelitian dan siasatan yang dijalankan mendapati terdapat unsur pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang sedia ada, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh agensi yang berkenaan selaras kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang.” jelas MCMC.

Dalam pada itu, MCMC berkata bahawa pihaknya telah menghubungi pihak YouTube berhubung dengan trailer filem ‘Babi’ yang dimuat naik dalam saluran YouTube milik Namewee namun maklum balas belum diterima daripada pihak tersebut yang berpangkalan di luar negara.

Setiausaha Agung SENIMAN membuat repot polis terhadap Nawawee pada Jumaat

Pada Jumaat lepas, pihak SENIMAN yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya telah membuat laporan Polis terhadap Namawee disebabkan penerbitan filem berjudul “Babi” yang disyaki memaparkan unsur-unsur perkauman didalam perjalanan cerita tersebut di Balai Polis Taman Melawati Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung SENIMAN turut mendakwa bahawa syarikat tersebut juga disyaki memalsukan butiran didalam borang Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dan pihak berkuasa termasuk Finas digesa untuk menahan dan menyiasat syarikat tersebut termasuk Namawee sendiri kerara ia didakwa secara tidak langsung telah mencalarkan imej dan maruah Malaysia di mana filem tersebut telahpun ditayangkan di luar negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...

AMCuacaMY LNA

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu...