AMCOVID-19 @ My LNANiaga @ My LNA

Trend penurunan kadar pengangguran dijangka berterusan hingga ke tahun 2021 – Saravanan

92

KUALA LUMPUR 9 Disember 2020 – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan kepada data terkini Survei Tenaga Buruh (STB) oleh DOSM pada September 2020, kadar pengangguran di negara ini dijangka mengalami penurunan berterusan hingga ke tahun 2021.

Menjawab pertanyaan lisan dari Ahli Parlimen Machang di Parlimen hari ini, berdasarkan STB tersebut, M. Saravanan berkata bahawa pada mulanya akibat pandemik COVID-19, bagi tahun ini kadar pengangguran tertinggi telah dicatatkan pada Mei 2020 iaitu sebanyak 5.3% dengan bilangan penganggur seramai 826.1 ribu orang. Tambah beliau juga berdasarkan STB, pekerja-pekerja dalam sektor penerbangan, perhotelan dan pelancongan merupakan golongan yang amat terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Pemulihan pasaran buruh Malaysia dapat diperhatikan dengan kadar pengangguran menurun daripada paras tertinggi 5.3% kepada 4.9% (773.2 ribu orang) pada Jun 2020. Kadar pengangguran terus menurun kepada 4.7% (745.1 ribu orang) pada Julai 2020 dan kekal pada kadar 4.7% (741.6 ribu orang) pada Ogos 2020.

Data terkini STB pada September 2020 pula menunjukkan kadar pengangguran telah menurun kepada 4.6% dengan bilangan penganggur seramai 737.5 ribu orang.

Adalah dijangka bahawa kadar pengangguran pada Disember 2020 akan melihat penurunan kepada 4.5% dan trend penurunan kadar pengangguran ini akan berterusan ke tahun 2021.” kata Ahli Parlimen Tapah itu.

Kata M. Saravanan lagi, penambahbaikan berterusan dapat diperhatikan dalam kedudukan tenaga buruh walaupun pada tahap sederhana.

“Perkara ini dicerminkan oleh pertumbuhan positif bulan ke bulan dalam guna tenaga sejak Jun 2020, serta kadar pengangguran yang menunjukkan trend penurunan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...