AMNiaga @ My LNAPelancongan @ My LNA

MOTAC giat laksanakan inisiatif jangka pendek untuk kembali rancakkan pelancongan dalam negara

112

KUALA LUMPUR 10 Disember 2020 – Menjawab soalan dari Ahli Parlimen Dungun hari ini, yang meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan strategi jangka pendek Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memastikan aktiviti pelancongan domestik dapat dioptimumkan semula sepenuhnya dalam fasa ini susulan kebenaran rentas negeri dan daerah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Menterinya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri memaklumkan bahawa MOTAC giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif jangka pendek untuk kembali merancakkan pelancongan dalam negara.

Nancy turut berkata bahawa perkara paling utama adalah membina semula keyakinan di kalangan rakyat bahawa adalah selamat untuk melancong di dalam Malaysia.

“MOTAC sentiasa bekerja rapat dengan penggiat industri pelancongan dalam berbincang mengenai SOP-SOP yang perlu kita amalkan pada waktu ini dan kepentingan untuk memastikan pematuhannya. Sebab itulah kita yakin bahawa penggiat industri pelancongan kita telahpun bersedia dalam aspek ini dari awal dan terus boleh bergerak sepenuhnya sebaik sahaja aktiviti pelancongan dibenarkan. Apabila rakyat melihat semua langkah berjaga-jaga dilaksanakan, mereka akan berasa selamat untuk melancong.

Yang kedua, kita beri galakan untuk rakyat kita melancong. Untuk ini, kita tawarkan kepada rakyat insentif dan promosi dalam bentuk baucar rebat, e-baucar, cashback dalam bentuk e-wallet dan diskaun untuk tempahan pakej pelancongan, penginapan dan pengangkutan. Dalam erti kata lainnya, Kerajaan memberikan bantuan kewangan atau membayar sebahagian atau dengan izin, certain portion dalam perbelanjaan untuk rakyat kita melancong dalam negara. Ini sekaligus akan membantu industri perhotelan dan lain-lain yang berada dalam rantaian industri pelancongan seperti pengangkutan dan F&B” kata Nancy.

Bagi langkah ketiga, MOTAC meneruskan kerjasama dengan penggiat-penggiat industri dan semua Kerajaan Negeri dalam membangun dan menawarkan pakej-pakej pelancongan baru yang menarik melalui platform digital.

“Kita perkenal dan promosikan destinasi pelancongan di luar bandar atau hidden gems, kerana pelancong kini lebih cenderung memilih destinasi yang selamat, kurang orang dan udara segar.

Selain itu, MOTAC akan teruskan siri Jelajah Semarakkan Pelancongan Domestik. Kita akan pergi ke seluruh negara untuk mempromosikan pelancongan domestik, memperkenalkan produk baru pelancongan dan juga memberi nafas baru kepada produk sedia ada.

Pada masa yang sama, dilaksanakan juga promosi melalui pelbagai slot pengiklanan media sama ada fizikal mahupun digital termasuklah saluran radio, tv dan media sosial.” jelas Nancy.

Kata Nancy lagi, MOTAC akan meneruskan kesinambungan fokus-fokus jangka pendek ini, antaranya termasuklah memperuntukkan sebahagian besar peruntukan di bawah Belanjawan 2021 menerusi Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan seperti yang telah dijelaskan semasa sesi penggulungan Bajet 2021 MOTAC di Dewan Rakyat pada Selasa lepas.

“Di samping itu, penekanan kepada agenda pembangunan sosial dan ekonomi rakyat diberikan menerusi pemerkasaan industri kraf negara dengan tema ‘Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat’ bermula tahun 2021.

Semua inisiatif ini diyakini dapat merangsang dan menyuntik perbelanjaan domestik secara konsisten dan seterusnya mewujudkan kesan gandaan ekonomi khususnya yang berantaian dengan sektor pelancongan, seni dan budaya.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...