AMNiaga @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Lima Syarikat Telco dikenakan kompaun bernilai RM750,000

97

CYBERJAYA 9 Disember 2020 – Lima (5) syarikat Telekomunikasi telah dikenakan kompaun bernilai RM750,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 4 Disember 2020 lalu atas kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.

Menurut MCMC melalui satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, tindakan tersebut diambil berdasarkan kepada audit yang dijalankan oleh MCMC di Pahang, Kelantan dan Terengganu sekitar bulan Ogos dan Oktober tahun lepas.

“Dengan pengeluaran kompaun terbaru tersebut, ini bermakna jumlah kompaun yang dikeluarkan sepanjang tahun 2020 adalah sebanyak 70 kompaun bernilai RM3.45 juta. Jumlah berkenaan adalah 16% lebih tinggi berbanding dengan 58 kompaun bernilai RM2.9 juta yang dikeluarkan pada tahun 2019 bagi kesalahan yang sama.

Kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.” kata MCMC.

Syarikat Digi Telecommunications Sdn Bhd mendahului senarai penerima jumlah kompaun tertinggi apabila ditawarkan lima (5) kompaun bernilai RM250,000. Ini diikuti dengan Maxis Broadband Sdn Bhd sebanyak empat (4) kompaun bernilai RM200,000. Manakala U Mobile Sdn Bhd pula ditawarkan tiga (3) kompaun bernilai RM150,000. Seterusnya, Tune Talk Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd masing-masing ditawarkan dua (2) kompaun bernilai RM100,000 dan satu (1) kompaun bernilai RM50,000.

“Tindakan yang diambil ini menunjukkan usaha tegas yang berterusan oleh MCMC dalam melindungi kepentingan pengguna daripada kes-kes penipuan atau scam secara dalam talian yang semakin meningkat.” ujar MCMC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...