Ekonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Portal MalaysiaBiz cepatkan urusan mendaftar perniagaan dan memohon lesen

109

PUTRAJAYA 7 Disember 2020 – Portal MalaysiaBiz yang dibangunkan oleh
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SME Corp. Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) merupakan gerbang setempat bagi membolehkan urusan mendaftar perniagaan dan memohon lesen dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah secara dalam talian. Portal tersebut telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia secara dalam
talian hari ini.

Dalam ucapannya, kesan dari pandemik COVID-19, Perdana Menteri berkata Kerajaan telah mengambil pendekatan secara inklusif dan menyeluruh dalam menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Ini termasuklah dengan mempergiatkan proses pendigitalan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19 khususnya di kalangan peniaga.

Para usahawan dipelawa untuk mengambil peluang dengan memanfaatkan perkhidmatan dalam talian yang disediakan di Portal MalaysiaBiz bagi tujuan mendaftar perniagaan dan memohon lesen.”kata Muhyiddin.

Menurut MAMPU menerusi satu siaran media yang diedarkan hari ini, portal tersebut merupakan salah satu inisiatif bagi merealisasikan agenda Kerajaan Digital. Kata agensi itu, Kerajaan mensasarkan sebanyak 40 peratus perkhidmatan dalam talian secara endto-end menjelang akhir tahun 2020 berbanding pencapaian 20.2 peratus pada tahun 2019.

“Portal ini dijangka akan memberi manfaat kepada 907,065 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merupakan 98.5 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan di Malaysia. Sumbangan PKS terhadap ekonomi negara dan penyediaan peluang pekerjaan begitu penting. Pada tahun 2019, PKS telah menyumbang sebanyak 38.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 38.3 peratus pada tahun 2018. Sasaran Kerajaan adalah 45 peratus menjelang tahun 2025 dan 50 peratus pada tahun 2030.

Portal MalaysiaBiz diintegrasikan dengan sistem dalam talian di 17 agensi yang membolehkan peniaga mendaftar 23 jenis pendaftaran perniagaan yang antaranya adalah perniagaan tunggal, perniagaan perkongsian, koperasi, pertubuhan perbadanan dan multi-disciplinary practice. Peniaga juga boleh membuat permohonan untuk 105 jenis lesen yang antaranya adalah lesen mengilang barangan kawalan berjadual, lesen mesin cetak, lesen pemaju perumahan, lesen premis perniagaan dan iklan, permit penjaja dan sebagainya.

Portal MalaysiaBiz turut menyediakan kemudahan pembelian data perniagaan daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui menu MyBiz-DATA. Satu lagi inisiatif yang turut dilaksanakan melalui Portal MalaysiaBiz adalah penggunaan format nombor 12 digit sebagai nombor pengenalan entiti perniagaan yang baharu bagi menggantikan penggunaan pelbagai format nombor pengenalan entiti perniagaan yang tidak seragam.” ujar MAMPU.

Kata MAMPU lagi, pembangunan Portal MalaysiaBiz adalah seiring dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang mesra peniaga. Lantas Portal tersebut akan dapat memudahkan urusan memulakan perniagaan yang seterusnya menggalakkan lagi pertumbuhan
PKS selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

“Kejayaan membangunkan Portal MalaysiaBiz merupakan tanda aras baharu inisiatif penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam hasil kolaborasi pintar merentasi pelbagai agensi.” kata agensi itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

SCIB dan Awana Tandatangani Perjanjian Baru, Menjamin Kontrak Eksklusif untuk Projek PPAM Mualim

KUCHING, SARAWAK, 15 APRIL 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...