Home AM PN punyai imej ‘A Functioning Government’, BERSATU pilih guna logo PN dalam PRU-15
AMPolitik

PN punyai imej ‘A Functioning Government’, BERSATU pilih guna logo PN dalam PRU-15

28 November 2020 – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan bahawa partinya akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihanraya Umum ke -15 yang akan datang.

Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung parti tersebut semalam, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa beliau telah membuat keputusan yang berisiko dengan menggunakan logo Perikatan Nasional buat kali pertamanya dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang lepas.

“”Ramai yang agak meragui keputusan ini. Maklumlah, PN adalah parti yang baharu. Lambang PN tak dikenali berbanding parti-parti lain yang lebih lama.

Tetapi saya mengambil risiko. Saya bertawakkal kepada Allah. Jika PN dapat diterima di Sabah, saya yakin PN dapat diterima oleh rakyat di seluruh negara. Kita cetak bendera, baju, topi dan lain-lain dengan logo PN. Agak mengujakan, PN walaupun sebuah parti yang baharu telah diterima dengan baik oleh rakyat di negeri Sabah. Kemana-mana saya pergi ketika berkempen, bendera PN berkibar megah di seluruh pelosok negeri Sabah di mana calon kita bertanding.” ujar beliau.

Tambah Muhyiddin, PN diterima baik kerana imej PN sebagai a functioning government iaitu sebuah kerajaan yang berfungsi dengan kepimpinan yang prihatin, amanah dan mengutamakan kebajikan masyarakat.

“Hasilnya PN menang 17 daripada 29 kerusi yang ditandingi dan bersama-sama dengan parti-parti rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh PN, BN dan PBS, kita telah berjaya membentuk kerajaan Sabah yang baharu. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua barisan pimpinan dan ahli-ahli BERSATU negeri Sabah dan semua pihak yang telah membantu kemenangan parti kita dalam pilihanraya negeri Sabah yang lalu.” ujarnya.

Justeru, dalam pilihanraya umum yang akan datang, beliau yakin PN akan diterima baik oleh rakyat Malaysia. Ini juga berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Malaysia adalah tinggi.

“Oleh yang demikian, BERSATU telah membuat keputusan untuk menggunakan logo PN dalam Pilihan Raya Umum ke – 15” umumnya.

Terdahulu Muhyiddin turut berkata bahawa PN sedang mempertimbangkan permohonan dari parti-parti politik lain yang berhasrat menyertai gabungan tersebut. Ketika ini, PN yang tertubuh secara rasmi pada 7 Ogos 2020 yang lalu, dianggotai oleh BERSATU, PAS, STAR dan SAPP.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...