Home AM Lebih dari 13 ribu belia sertai Karnival PenjanaKerjaya Belia 2020
AMRemaja

Lebih dari 13 ribu belia sertai Karnival PenjanaKerjaya Belia 2020

29 November 2020 – Penganjuran Karnival PenjanaKerjaya Belia 2020 secara atas talian oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima penyertaan seramai 13,246 belia dari seluruh negara menyaksikan lebih 8,300 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 26 majikan.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, sepanjang tiga hari karnival iaitu dari 24 November hingga 26 November 2020, penganjur menerima penyertaan seramai 13,246 belia dari seluruh negara.

“Seramai 65 calon telah ditawarkan pekerjaan serta-merta apabila berjaya dalam temuduga terbuka secara maya yang diadakan sepanjang Karnival. Manakala 320 calon telah berjaya ke temuduga pusingan kedua.

Selain daripada temuduga terbuka, aktiviti lain dalam Karnival tersebut termasuk webinar kerjaya yang disampaikan oleh wakil majikan dan pakar professional. Sebanyak 5 sesi webinar telah diadakan yang memberi fokus kepada peluang pekerjaan semasa, persediaan untuk kerjaya dan kebolehpekerjaan. Webinar ini telah menarik minat lebih daripada 3,300 peserta.” kata beliau.

Beliau dan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican telah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival PenjanaKerjaya Belia 2020 secara dalam talian pada 24 November 2020, yang disertai oleh 873 orang peserta. Beliau turut berbesar hati apabila dalam ucapan, Menteri Belia dan Sukan telah menggesa golongan belia untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan majikan menerusi Portal Pekerjaan Nasional, MYFutureJobs (myfuturejobs.gov.my).

“Penganjuran karnival kerjaya maya oleh kedua-dua Kementerian ini bertujuan membantu golongan belia Malaysia yang menganggur agar berpeluang menghadiri temuduga kerja dan seterusnya memperoleh pekerjaan dengan bantuan inisiatifinisiatif Kerajaan walaupun sesetengah negeri kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Menurut data Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, sehingga 20 November 2020, lebih 62 peratus daripada pekerja yang kehilangan pekerjaan adalah dari kalangan belia. Majoritinya berusia antara 25 – 29 tahun, iaitu seramai 19,396 orang.” katanya.

Berdasarkan rekod KBS, kadar pengangguran belia telah meningkat kepada 9.0%. Susulan Agenda Pemerkasaan Belia, kedua-dua Kementerian komited untuk bekerjasama dalam isu yang melibatkan peluang pekerjaan, pewujudan pekerjaan-pekerjaan baharu, latihan kemahiran serta akses kepada dana dan kemudahan untuk belia.

“Memandangkan negara terus berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, KSM akan menggandakan usaha dalam melaksanakan program-program peluang pekerjaan bersama dengan rakan strategik demi mengurangkan kadar pengangguran terutamanya di kalangan belia di negara ini. KSM juga akan melaksanakan beberapa inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk mengurangkan kadar pengganguran dan
merancakkan pasaran buruh negara.” ujar M. Saravanan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...