Alam Sekitar @ MY LNAAM

Mesyuarat COP12/MOP32 bincang dua (2) agenda utama

166

PUTRAJAYA 27 November 2020 – Dua (2) agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat Ke-12 Parti-Parti Kepada Konvensyen Vienna (COP12)
Bahagian I dan Mesyuarat Ke-32 Parti-parti Kepada Protokol Montreal (MOP32) adalah bajet bagi akaun amanah Konvensyen Vienna dan
Protokol Montreal serta pengisian semula Tabung Pelbagai Hala (Multilateral Fund) bagi pelaksanaan Protokol Montreal.

Foto kredit Jabatan Alam Sekitar

Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, Puan Norlin Jaafar menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Negara Parti juga mengambil maklum laporan dari Panel-Panel Penilaian mengenai status kerja mereka. Panel Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Effects Assessment Panel) melaporkan bahawa bahan pemusnah ozon menyumbang kepada satu per tiga daripada pemanasan global bagi tahun 1955 dan 2005, dan separuh daripada pemanasan yang berlaku di kawasan Artik. Usaha-usaha
yang dilaksanakan di bawah Protokol Montreal Berjaya mengurangkan impak pemanasan global yang disebabkan oleh bahan pemusnah ozon.

“Kejayaan pelaksanaan Protokol Montreal juga dijangkakan akan mengelakkan pemanasan global sebanyak 1°C pada tahun 2050. Panel Penilaian Teknologi dan Ekonomi (Technology and Economic Assessment Panel) melaporkan impak pandemik Covid-19 ke atas penggunaan bahan pemusnah ozon.

Panel tersebut melaporkan penggunaan bahan pemusnah ozon adalah berkurangan disebabkan oleh impak pandemik kepada ekonomi global.” kata beliau.

Foto kredit Jabatan Alam Sekitar

Tambah Norlin, Pihak Sekretariat Ozon juga melaporkan bahawa sehingga kini sebanyak 112 buah negara parti telah meratifikasi Pindaan Kigali
kepada Protokol Montreal, termasuk Malaysia yang telah meratifikasi pindaan tersebut pada 21 Oktober 2020.

Norlin yang bertindak sebagai Ketua Delegasi telah mengetuai Delegasi Malaysia menghadiri Mesyuarat COP12/MOP32 tersebut yang telah berlangsung pada secara atas talian pada 23-27 November 2020. Delegasi Malaysia diwakili oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi.

Presiden MOP menutup secara rasmi mesyuarat MOP32 pada jam 10.30 malam, 27 November 2020 dengan menyampaikan penghargaan kepada semua negara Parti dan Sekretariat Ozon atas kerjasama semua dalam menjayakan mesyuarat antarabangsa atas talian berskala besar yang julung kali diadakan ini.

Mesyuarat yang seterusnya iaitu Mesyuarat Ke-12 Parti-Parti Kepada Konvensyen Vienna (COP12) Bahagian II dan Mesyuarat Ke-33 Parti-parti Kepada Protokol Montreal (MOP33) akan diadakan pada 25-29 Oktober 2021. Pihak sekretariat memaklumkan secara tentatif mesyuarat akan diadakan di Nairobi, Kenya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...