Home AM 577 individu ditahan ingkar PKP
AMCOVID-19Kesihatan

577 individu ditahan ingkar PKP

28 November 2020 – Seramai 577 individu ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat (27 November 2020) atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, daripada jumlah tersebut seramai 522 individu telah dikompaun manakala bakinya telah direman.

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk kegagalam mematuhi arahan penjarakan fizikal (215), aktiviti pusat hiburan (116), tidak memakai pelitup muka (113), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (71), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (9).” katanya.

Sementara itu pada Jumaat juga Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 637 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (467), pemborong 139) dan pengilang (31).

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

Pegawai penguatkasa KPDNHEP juga telah melakukan 444 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati kesemua premis telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.” ujar Menteri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...