AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

MEDAC bantu PKS Sarawak

90

KUALA LUMPUR 26 November 2020 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited membantu PKS termasuk di Sarawak bagi mengurangkan masalah aliran tunai jangka pendek berikutan kesan penularan COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Stampin di Parlimen hari ini menjelaskan bahawa MEDAC melalui Bank Rakyat telah memperkenalkan pembiayaan khas Bank Rakyat Cares (BRCares) bagi membantu usahawan.

“Sehingga pertengahan Oktober 2020, Bank Rakyat telah meluluskan permohonan pembiayaan BRCares berjumlah RM134.0 juta kepada 2,322 usahawan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 206 usahawan di negeri Sarawak telah menerima manfaat yang melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM7.56 juta.

Selain daripada itu, Kementerian melalui TEKUN Nasional telah menerima peruntukan berjumlah RM300 juta melalui pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN-PKS (RM200 juta) dan pakej PENJANA sebanyak (RM100 juta) bagi membantu menyuntik modal perniagaan segera dengan nilai pembiayaan maksima sehingga RM10,000. Setakat September 2020, seramai 2,296 usahawan di Sarawak telah menerima manfaat dengan nilai pembiayaan berjumlah RM15.36 juta.” jelas Mas Ermieyati.

Tambah Ahli Parlimen Masjid Tanah itu lagi, MEDAC melalui SME Corp juga menyediakan program-program seperti berikut :

  1. Program Business Scale-Up (Program Biz-Up)
  • Program bantuan bersepadu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan PKS melalui khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan.
  • Menyokong pelbagai inisiatif pembinaan keupayaan untuk meningkatkan pertumbuhan dan mengembangkan perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.
  • Sehingga September 2020, 44 PKS telah menerima kelulusan geran berjumlah RM8.21 juta manakala 17 PKS lagi telah menerima kelulusan pinjaman bernilai RM9.2 juta.
  • Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM147,500 telah disalurkan kepada 1 PKS dari Sarawak.

2. Program Peningkatan Enterpis Bumiputera (BEEP)

  • Bertujuan untuk meningkatkan daya saing PKS Bumiputera menerusi bantuan bersepadu yang meliputi pensijilan, pembungkusan, sewaan premis untuk usahawan belia, khidmat nasihat, latihan dan sokongan kewangan.
  • Bagi tahun 2020, sehingga September, sejumlah 113 PKS telah menerima manfaat.
  • Daripada jumlah itu, RM928,068 telah disalurkan kepada 6 PKS dari Sarawak.

3. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

  • Bertujuan membentuk daya tahan usahawan dalam mengendalikan perniagaan, memupuk semangat keusahawanan, serta anjakan paradigma belia daripada menjadi seorang pekerja kepada pemilik perniagaan.
  • Sehingga September, seramai 765 peserta telah menyertai program ini termasuk 99 peserta dari Sarawak.

4. Program Micro Connector

  • Merupakan program yang bertujuan memberi latihan khusus di peringkat awal bagi perusahaan mikro untuk melatih komuniti B40.

Mas Ermieyati turut berkata bahawa SME Bank telah mensasarkan kelulusan pembiayaan bernilai RM260 juta kepada usahawan di Sarawak.

“Sehingga pertengahan Oktober 2020, seramai 139 usahawan telah menerima pembiayaan daripada peruntukan tersebut yang melibatkan jumlah yang diluluskan sebanyak RM169 juta.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...