Home AM Nancy Shukri tidak ada kontak langsung dengan pegawai positif COVID-19
AMCOVID-19

Nancy Shukri tidak ada kontak langsung dengan pegawai positif COVID-19

26 November 2020 –Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada hari memaklumkan bahawa Menterinya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri bukan dan tidak ada kontak langsung (direct contact) dengan pegawai yang telah disahkan positif COVID-19 seperti mana pengesahan seorang pegawai daripada Tourism Malaysia, salah satu agensi di bawah MOTAC adalah positif Covid-19.

Menurut MOTAC melalui siaran media pada hari ini, perkara tersebut juga telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Untuk makluman, YB Dato’ Sri Hajah Nancy telah mengambil inisiatif proaktif dan menjalani ujian swab pada jam 5.15 petang semalam, hasil keputusan ujian swab yang telah dilakukan itu adalah negatif.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan menjalani satu lagi ujian swab pagi ini.” jelas MOTAC.

Tambah MOTAC, bangunan kementerian di Putrajaya telah pun disanitasi pegawai Kesihatan pada petang semalam dan semua pegawai dan kakitangan MOTAC yang bertugas di bangunan MOTAC Putrajaya diarahkan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah berkuatkuasa hari ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Alam SekitarAMHighlightsMY LNA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...