AMParlimen @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Kabinet setuju JASA dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)

130

KUALA LUMPUR 25 November 2020 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyedari bahawa penubuhan semula JASA haruslah berbeza dengan fungsi dan peranannya sebelum ini maka Kabinet telah bersetuju supaya JASA dijenama dan distrukturkan semula dan dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM).

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah ketika sesi penggulungan jawapan ke atas Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, matlamat J-KOM ialah mewujudkan komunikasi dua hala di antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, dan mendengar suara serta maklumbalas daripada rakyat.

“Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan penghakupayaan komuniti (community empowerment). Tugas utama J-KOM pada masa ini ialah melaksanakan Komunikasi Strategi Pembudayaan Norma Baharu (Pandemik Covid-19).

J-KOM berbeza dengan JaPen kerana JaPen memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi pembujukan melalui pemasaran maklumat di peringkat awareness, interest dan desire. Manakala J-KOM lebih menumpukan kepada pendekatan penghakupayaan sasaran di peringkat action.” jelas Saifuddin.

Tambah beliau kini wujud dua bentuk komuniti, iaitu ‘Komuniti Setempat’ dan ‘Komuniti Digital’. ‘Komuniti Setempat’ ialah mereka yang tinggal, bekerja dan sebagainya, secara fizikal di sesuatu kawasan.

“Manakala, ‘Komuniti Digital’ ialah mereka yang berada secara fizikal dan digital di sesuatu kawasan itu, dan mereka yang tidak secara fizikal berada di sesuatu kawasan itu, tetapi berasal atau pernah berada atau berminat dengan kawasan itu dan membentuk atau menjadi anggota komuniti digital yang berkait dengan kawasan itu, iaitu dalam pelbagai bentuk komuniti digital secara dalam talian dan menggunakan media sosial.

Oleh kerana itulah ingin dijelaskan di sini bahawa fungsi J-KOM ini tidak bersifat bertindan dengan agensi-agensi di kementerian lain dari segi kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti. Program-program dan aktiviti-aktiviti J-KOM meliputi tiga (3) komponen kandungan utama iaitu kandungan Komuniti Berbudaya Ilmu, Komuniti Digital dan Komuniti Patriotik. Kementerian akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan, Jabatan Pembangunan Komuniti, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) dan sebagainya di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bagi memastikan gerak kerja dan aktiviti berjalan lancar.” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota tersebut.

Mengulas mengenai peruntukan kepada JASA yang dikatakan terlalu besar, Saifuddin menjelaskan bahawa bahawa sebelum tahun 2019 dan 2020, peruntukan JASA diletakkan di bawah dua (2) kod aktiviti yang berbeza iaitu di bawah kod aktiviti Dasar Sedia Ada JASA dan kod aktiviti Emolumen Kakitangan Kontrak di Bawah KKMM.

“Perbelanjaan JASA di bawah kod aktiviti Dasar Sedia Ada, bagi tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 adalah sebanyak RM23.7 juta , RM26.6 juta, RM 31.5 juta dan RM27.9 juta. Manakala dicampur perbelanjaan di bawah kod aktiviti Emolumen Kakitangan Kontrak di bawah KKMM bagi tahun-tahun yang sama ialah RM54.9 juta, RM54.2 juta, RM53.9 juta dan RM 45.9 juta. Kalau dicampurkan semuanya, maka bagi tahun-tahun yang sama ialah RM78.5 juta, RM81 juta, RM85.3 juta dan RM74 juta.

Bagi tahun 2021, anggaran peruntukan JASA keseluruhannya di bawah kod aktiviti JASA iaitu RM4 juta di bawah Dasar Sedia Ada dan RM81.5 juta di bawah Dasar Baru JASA. Jadi dalam hubungan ini, anggaran peruntukan untuk JASA tahun 2021 sebanyak RM85.5 juta itu bukanlah sesuatu yang luar biasa jika dibandingkan dengan peruntukan yang sebelum ini.” kata beliau.

Pada 30 Ogos 2018 di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) KKMM telah memaklumkan penamatan kontrak ke atas 776 orang berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2018. KKMM juga pada masa itu telah melaksanakan pembayaran ganjaran kepada pegawai lantikan kontrak yang terlibat mengikut kadar yang ditetapkan dalam pekeliling yang berkuat kuasa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...