AMWanita @ My LNA

JKM telah laksanakan inisiatif pengecualian kaji semula bantuan kewangan bulanan persekutuan

179

KUALA LUMPUR 25 November 2020 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan inisiatif pengecualian kaji semula bantuan kewangan bulanan persekutuan kepada semua penerima bantuan sedia ada di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Ini adalah usaha untuk mempercepatkan proses permohonan bantuan dan mengurangkan birokrasi selepas Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika membuat ucapan penggulungan rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Parlimen hari ini, perlanjutan bantuan tutut dibuat secara automatik kecuali bagi kes-kes yang boleh ditamatkan berdasarkan maklumat yang sahih.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited dalam meneliti proses birokrasi dalam usaha memendekkan tempoh permohonan bantuan agar penerima dapat menikmati faedahnya secepat mungkin dan akan sentiasa berusaha menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar.” katanya.

Menurut Rina, KPWKM melalui JKM turut:

  1. menggalakkan semua permohonan perkhidmatan bantuan JKM dibuat secara atas talian (online).
  2. mempromosikan perkhidmatan bantuan di semua platform media massa dan juga media sosial;
  3. mengadakan kerjasama erat di antara agensi-agensi yang berkaitan untuk mempromosikan perkhidmatan kementerian kepada pengetahuan umum; dan
  4. bekerjasama dengan pemimpin masyarakat dan NGO bagi mengenal pasti mereka yang layak dibantu mendapat perkhidmatan dan bantuan daripada agensi-agensi di bawah kementerian.

Terdahulu, Rina mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di atas keprihatinan terhadap keperluan kumpulan sasar KPWKM yang memperlihatkan penambahbaikan kadar bantuan.

Penambaikan kadar bantuan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

  1. Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan seorang;
  2. Kadar Bantuan Orang Tua (BOT) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan seorang;
  3. Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan seorang;
  4. Kadar bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 sebulan seorang; dan
  5. Kadar Bantuan Kanak-Kanak (BKK) untuk keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 bagi seorang anak dengan maksimum RM450 kepada RM150 seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dan RM200 seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.

Bagi tahun 2021, KPWKM telah diperuntukkan sebanyak RM2.584 bilion. Daripada jumlah ini, RM2.459 bilion adalah di bawah butiran B.48 – Peruntukan Mengurus manakala RM125.640 juta di bawah butiran P.48 – Peruntukan Pembangunan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...