Home AM Kelantan bakal terima 77 menara baharu untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih
AMSains, Teknologi & Komunikasi

Kelantan bakal terima 77 menara baharu untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih

KUALA LUMPUR 25 November 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia pada hari ini memaklumkan bahawa sejumlah 77 menara baharu akan dibina untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negeri Kelantan. Daripada jumlah ini, sebanyak 23 menara baharu akan dibina pada tahun 2020. Manakala, sebanyak 836 alat pemancar komunikasi sedia ada akan dinaik taraf kepada teknologi 4G di mana 557 alat pemancar akan dinaik taraf pada tahun ini.

Menjawab soalan dari Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin turut memaklumkan bahawa bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap sebanyak 73,251 premis akan disediakan akses kepada perkhidmatan berkelajuan gigabit melalui rangkaian gentian optik di mana 5,001 premis akan dilaksanakan pada tahun ini.

Mengulas mengenai isu capaian internet seperti kes Veveonah Mosibin yang tular, Menteri berkenaan menyatakan bahawa pada sidang media beliau dan Pengerusi SKMM pada 24 November 2020 yang lalu, pihaknya secara terbuka menyatakan bahawa mereka sangat memahami dan bersimpati dengan cabaran yang dihadapi oleh Veveonah Mosibin dan yang lain-lain yang turut tular.

“Kita anggap itu sebagai maklumbalas dan kami tidak defensive dan kami bersedia untuk menyelesaikan, memperbaiki dan sebagainya.” jelas Saifuddin.

Tambah beliau, pihak KKMM sedang menaiktaraf dan memperbaiki kandungan 1,101 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara. Di samping itu satu langkah besar (drastik) yang telah dilaksanakan oleh KKMM adalah menjadikan kesalinghubungan Internet sebagai utiliti awam selepas air dan elektrik kerana itu akan mempengaruhi kecepatan kelulusan, contohnya kelulusan membina menara telekomunikasi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...